ALONE (2015)

4.5
(2)

ALONE (2015) sebuah filem Bollywood bergenre horror thriller romance yang dilakonkan oleh Bipasha Basu dan Karan Singh Grover mengisahkan sepasang adik beradik kembar siam Anjana dan Sanjana yang tidak dapat dipisahkan “bagai dakwat dengan kertas”.

Sehinggalah suatu hari Anjana dan Sanjana menjadi mangsa buli di sekolah mereka dan seorang pelajar lelaki, Kabir datang membela dan melindungi Anjana dan Sanjana dari dibuli. Sejak itu dalam diam-diam Kabir mula mempunyai perasaan cinta terhadap Sanjana.

Anjana mula menunjukkan sikap dingin dan cemburu terhadap Sanjana dan mereka berdua makin kerap bergaduh dan berselisih pendapat. Antara mereka dua beradik, Sanjana adalah yang paling lemah lembut dan mudah bertoleransi. Kerana kasihkan Anjana, Sanjana pun mengalah.

Beberapa tahun kemudian, Kabir kembali dari luar negara dan perkara pertama yang Kabir hendak lakukan adalah berjumpa dengan buah hatinya iaitu Sanjana. Tapi disebabkan badan Anjana dan Sanjana melekat satu sama lain, ia memustahilkan untuk Sanjana berjumpa dengan Kabir kerana Anjana masih dipenuhi rasa cemburu dan bencinya terhadap Kabir yang memilih Sanjana.

Akhirnya Sanjana dapat membina kehidupan baru bersama Kabir. Bagaimana pula dengan Anjana? Ke manakah Anjana pergi setelah Sanjana meninggalkannya untuk hidup bersama Kabir?

Jom kita layan trailernya dulu !

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI