BERDASARKAN KISAH SEBENAR “THE PERFECT STORM 2000”

4
(2)

KEGANASAN BADAI LAUTAN YANG MENELAN JIWA MANUSIA!

Walaupun sudah kali ke-3 sis tonton filem ini, ia masih mampu membuatkan airmata sis berjuraian. Kisah yang dipaparkan dalam filem ini penuh emosi, penuh dramatik, epik dan klasik!

Ia juga merupakan filem pertama yang sis layan berdasarkan dari kisah sebenar dan sehingga ke hari ini pun, ia masih menjadi salah satu filem yang paling menyedihkan dan sangat menyayat hati.

Walaupun tanpa kesan CGI yang berlebihan, filem ini tetap berjaya memberi impak yang sangat asli dan realistik.

 

Nor’easter, dari 26 Oktober hingga 1 November 1991, satu ribut besar telah melanda Pantai Timur Laut Pulau Sable ketika kapal Andrea Gail sedang mengembara dari Nova Scotia ke Florida.

Angin ribut yang MAHA DAHSYAT itu mencapai sehingga 120km sejam bersama ombak gergasi setinggi 100 kaki menyebabkan ombak bergelora begitu ganas, dengan bot yang bergoyang-goyang dari sisi ke sisi sehingga air yang membanjiri kapal tersebut dan menterbalikkannya.

Akhirnya, Captain Billy Tyne (Lakonan George Clooney) bersama 12 kru-kru yang lain termasuk 6 anak kapal yang menaiki bot nelayan Andrea Gail lemas dan terkorban.

Selama 10 hari pencarian dilakukan namun tidak berhasil menemukan sebarang saki bakinya. Sehingga ke hari ini pun, kapal dan anak-anak kapalnya, tidak pernah ditemui.

Dalam filem ini, terlalu banyak babak-babak yang cukup mendebarkan dan boleh membuatkan kita turut rasa sesak nafas bersama terutama di saat-saat akhir mereka sebelum kapal mereka tenggelam. Babak yang mana mereka diserang ikan jerung pun…aduhhh cukup suspen!! Dan macam-macam lagi babak lain yang sangat mengilukan dan menakutkan!

RATING PERIBADI 9/10⭐⭐⭐⭐

 

 

?Adakah filem ini sesuai ditonton bersama anak-anak?

Sebenarnya filem ini kurang sesuai untuk tontonan bersama anak-anak bawah umur walaupun tiada aksi SX tetapi kerana ia banyak menggunakan bahasa yang merujuk kepada situasi seksual dan juga babak-babak yang menunjukkan ada perlakuan seksual (tidak ditunjukkan aksi SX sebenar). Jadi, sila tonton atas risiko sendiri ya.

**Filem ini anda boleh tonton melalui aplikasi NETFLIX.

TRAILER

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI