10 Medical Kdrama Terbaik

5
(1)

1. Good Doctor (2013)

Good doctor, mengisahkan seorang doktor yang bernama Park Shi On menghidapi autistik. Walaupun begitu dia mempunyai fikiran yang sangat tajam dari doktor – doktor normal yang lain. Dia yang menjaga pembedahan kanak-kanak sebagai doktor sementara hanya diberikan masa 6 bulan untuk membuktikan dirinya layak menjadi seorang doktor.

2. The Doctoroctor/ Doctor Crush (2016)

The Doctor/Doctor Crush mengisahkan seorang remaja yang bermasalah, tetapi setelah dia belajar dengan seorang guru sementara di kawasan tempat kediamannya dan neneknya. Dia menjadi begitu berminat untuk menjadi seorang doktor. Setelah kematian neneknya dia melarikan diri, dan beberapa tahun kemudia dia telah menjadi doktor pakar bedah saraf di sebuah hospital.

3. Hospital ship (2017)

 

Hospital Ship mengisahkan kehidupan empat orang Doktor yang menyediakan rawatan kesihatan di kawasan-kawasan pedalaman dan pulau-pulau yang jauh dari kemodenan. Walaupun sering bertelagah tentang kerja mereka, tetapi itu semua tidak mematahkan semangat mereka untuk memeberikan rawatan yang terbaik kepada pesakit-pesakit mereka.

4. Emergency couple (2014)

Emergency Couple, mengisahkan sepasang suami isteri yang berkahwin muda dan bercerai terpaksa bekerjasama di sebuah hospital selepas enam tahun mereka bercerai. Mereka diletakkan di wad kecemasan yang sama. Walaupun sering bertengkar tetapi mereka berjaya merawat pesakit mereka.

5. Doctor stranger (2014)

Doctor Stranger, mengisahkan seorang kanak-kanak telah diculik bersama bapanya yang seorang pakar bedah yang sangat hebat. Mereka telah diculik oleh orang korea utara. Ketika membesar kanak-kanak tersebut telah dilatih untuk menjadi seorang pakar bedah. Semasa dia melarikan diri ke korea selatan, bapanya telah mati dibunuh oleh tentera korea utara.

Dia menjalankan kehidupannya sebagai doktor pakar bedah dada di sebuah hospital terkenal di korea selatan. Dia juga dalam usaha mencari seorang wanita iaitu kekasihnya ketika dia di korea utara.

6. Medical Top Team (2013)

Mengisahkan beberapa orang Doktor yang telah terpilih menjadi ikon yang terbaik di sebuah hospital di korea. Mereka adalah pakar di bidang masing- masing. Banyak perbalahan yang berlaku diantara doktor dan pengurusan hospital tersebut. Mereka juga adalah barisan doktor-doktor yang terbaik di korea.

7. Romantic Doctor, Teacher Kim (2016)

Mengisahkan seorang doktor yang sangat terkenal dan sering berjaya dalam pembedahannya telah menghilangkan diri. Walaubagaimanapun dia telah bekerja di sebuah penempatan kecil. Kini dia dikenali sebagai “ “teacher kim” dia sangat gembira dengan kehidupanya kini.

8. Doctor John (2019)

Mengisahkan seorang doktor telah dimasukkan kepenjara kerana kesilapannya dan dikenakan tindakan undang-undang. Semasa dipenjara dia berjumpa seorang doktor wanita muda. Walaupun dipenjara kemahiran tidak pernah pudar dia pantas mendiagnosis pesakit doktor wanita tersebut. Selepas keluar dari penjara mereka berdua bekerjasama di sebuah hospital yang sama.

9. Doctor Prisoner (2019)

Doctor Prisoner mengisahkan seorang doktor yang berkemahiran tinggi telah terpaksa berhenti menjadi doktor di hospital setelah dituduh menyalahgunakan kemahiram kedoktorannya. Disebabkan itu dia telah mencari jalan untuk membalas dendam kepada orang yang telah menjatuhkan kariernya sebagai doktor. Dia telah bekerja di penjara sambil itu dia juga menyiasat siapakah dalang yang melakukan kejahatan keatasnya dan ingin membalas dendam.

10. Hospital playlist (2020)

Hospital Playlist mengisahkan lima sekawan yang telah tamat pengajian di universiti yang sama dan bekerja di hospital yang sama sebagai doktor. Walaupun mereka doktor dan sibuk seharian merawat pesakit, mereka tetap mempunyai masa untuk berkongsi minat mereka terhadap muzik sehingga tertubuh sebuah band muzik.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI