Drama Skandal Korea Terhangat (A World of Married Couple)

5
(3)

Tittle : A WORLD OF MARRIED COUPLE (2020)
Genre : Family / Drama / Thriller / Romance
Running Episodes : 16 episodes
Platform : VIU

Masihkah anda ingat dengan kisah drama yang penuh dengan melodramatik tentang kisah skandal sang suami ini?
Dalam drama ini kita disajikan bagaimana sebuah hubungan rumahtangga yang punah ranah kerana orang ketiga.

Drama yang diadaptasikan dari drama “Doctor Foster (2015)” membawakan kita tentang kisah suami yang berlaku curang dan menzalimi si isteri sehingga membawa pembalasan dendam , pembunuhan dan politik kerja . Lakonan hebat dari Kim Hee-Ae, Park Hae-Joon dan Han So-hee. Walaupun drama ini mendapat kritikan hebat kerana menampilkan babak-babak seks dan keganasan, ia masih tetap menerima pujian untuk lakon layar, arahan dan persembahan lakonan dimana filem ini berjaya menggondol 2 anugerah; dengan Mo Wan-il memenangi Pengarah Terbaik dan Kim Hee-ae memenangi Pelakon Terbaik di Anugerah Baeksang Arts Awards ke-56.

Dr. Ji Sun-Woo (lakonan Kim Hee-Ae) memiliki kehidupan, kerjaya dan keluarga yang cukup sempurna. Suami yang penyayang, anak lelaki yang bijak dan pintar di sekolah dan dia sendiri merupakan seorang doktor yang sangat disanjungi dan dikenali.

Namun kebahagian ini menjadi mimpi terburuknya apabila dia mendapat tahu kecurangan suami dia, Lee Tae-Oh (lakonan Park Hae-Joon) dengan seorang wanita muda Yeo Da-Kyung (lakonan Han So-Hee), yang merupakan anak kepada seorang lelaki kaya yang juga merupakan seorang pelabur besar untuk projek pembuatan filem di syarikat Lee Tae Oh.

Sudahlah dikhianati oleh si suami, tak sangka orang yang paling dipercayai Sun-woo iaitu Doktor Seol Myung Sook (lakonan Chae Gook Hee) turut terlibat sama apabila dia yang mengetahui rahsia skandal suami juga menjadi mata-mata Tae-oh untuk mengintip dan melaporkan aktiviti harian dan setiap gerak geri Sun-woo di tempat kerjanya kepada Tae-oh, ini bagi memudahkan pergerakan dan aktiviti skandal yang dia lakukan bersama Da-kyung.

Dalam diam-diam, Sun-wo juga telah mengupah orang untuk mengintip pergerakan suaminya dan terbukti kecurangan suaminya memang sahih! Namun Tae-Oh tetap tidak mengakui kecurangannya sehinggalah Sun-wo menemui sendiri skandalnya sendiri dan mendapatkan penjelasan tentang hubungan sebenar mereka.

Aduh! Babak dimana si skandal mengaku dan berterus terang tanpa segan silu ini memang boleh membuatkan jiwa kita menggelegak bagai gunung berapi nak meletup dan mengeluarkan lavanya kemudian menimbus panas-panas kedua-dua si pelaku itu! Isteri manalah tak sakit jiwa apabila mendengar sendiri dari mulut si skandal yang mereka sering melakukan hubungan seks sehingga 3x seminggu dan yang menambahkan darah naik ini dia juga tahu Tae-Oh tu suami orang!!!

Yang paling menyedihkan adalah anak lelaki Sun-wo dan Tae-oh yang bakal menjadi mangsa keadaan konflik rumahtangga ibubapanya.

Senang cerita, setiap episode kita pasti ditampilkan dengan pelbagai drama dan konflik yang tiada penghujungnya dan kejutan demi kejutan yang pasti membuatkan kita tidak sabar untuk mengetahui apa yang bakal terjadi seterusnya dan seterusnya. Ada seketika, kita akan fikir perjuangan dan pembalasan dendam Sun-woo telah berjaya, tetapi episode seterusnya, dia gagal pula.

Dan kisah dalam drama ini akan berlanjutan sehingga Da-kyung hamil, Sun-woo bercerai; Tae-Oh berkahwin dengan Da-kyung dan memiliki seorang anak perempuan; Tae-Oh dan Da-Kyung berpindah ke kawasan kejiranan yang sama dengan Sun-woo; Tae-oh yang “gila talak” kerana dia ingat dia boleh lupakan bekas isterinya sehingga sanggup mengupah orang untuk mengintip Sun-woo dan menceroboh masuk ke rumah Sun-woo.

Cukup menarik kan?

Jadi bagi yang belum tonton, min sangat-sangat sarankan anda untuk tonton sekali kerana setiap episod dalam drama ini pasti mencetuskan pelbagai reaksi emosi kita terutama yang bergelar wanita, isteri dan ibu. Yang pasti “ending” drama ini adalah sesuatu yang kita tidak dapat jangkakan setelah apa yang berlaku sebanyak 15 episode awalnya.

Rating min 9/10⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐

Wajib menjadi tontonan terutama bagi kaum wanita yang telah berumahtangga dan yang bakal mendirikan rumahtangga juga!

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI