THE WAILING (2016) – MISTERI KEMATIAN PENDUDUK KAMPUNG SEORANG DEMI SEORANG

5
(12)

THE WAILING merupakan filem seram dari Korea Selatan. Filem ini telah ditayangkan di Cannes Film Festival dan mendapat banyak pujian dari pengkritik filem kerana jalan ceritanya yang bukan cliche seperti filem-filem seram yang lain. Pengarah filem ini iaitu Na Hong-jin telah memenangi beberapa anugerah perfileman untuk filem The Wailing antaranya seperti Anugerah Pengarah Terbaik di Chunsa Film Art Awards yang ke 22 pada tahun 2017.

Bintang-bintang terkenal Korea Selatan seperti Kwak Do-won, Hwang Jung-min, Chung Woo-hee dan Kim Hwan-hee telah memberi persembahan terbaik mereka untuk menjayakan The Wailing. Selain itu, filem ini turut menampilkan seorang aktor lagenda dari Jepun iaitu Jun Kunimura untuk membawa salah satu watak penting. Jun Kunimura aktif berlakon di persada antarabangsa, pelakon ini terbabit dengan beberapa buah filem dari Hollywood dan juga Hong Kong.

Awas spoiler :

Selepas kehadiran seorang lelaki Jepun di sebuah kampung terpencil di Korea Selatan, penduduk kampung dijangkiti dengan wabak misteri. Wabak itu menyebabkan penduduk kampung bertindak ganas seperti dirasuk dan nmembunuh ahli keluarga mereka sendiri.

Kematian demi kematian berlaku di kampung tersebut.

Mereka kerasukan. Saling berbunuhan.

Ritual dan korban.

Segalanya mula menjadi perhatian bila anak anggota polis yang kerasukan.

Demi menyelamatkan anaknya, anggota polis ini mencari seorang dukun jepun yang dianggap sebagai punca kerasukan anaknya.

Anggota polis ini meminta khidmat dukun korea.

Berjayakah anaknya diselamatkan?

Benarkah dukun jepun itu yang jahat? Adakah dukun korea itu sebenarnya dalang kejahatan? Adakah anggota polis itu menyimpan rahsia?

Di awal filem kita dikenalkan dengan watak seorang perempuan gila, mungkinkah perempuan gila ini yang jahat?

Penonton akan berteka-teki siapa penjahat sebenar.

Filem ni kompleks dan agak berat,pastinya slow burn. Tidak sesuai untuk semua orang.

The Wailing benar-benar memerlukan perhatian dan pemahaman tinggi para penonton, bukan sebuah filem yang mudah difahami namun pada pengakhiran penonton akan mendapat kepuasan dan jawapan tersendiri. Filem ini adalah mengenai kejahatan dan kebaikan. Manusia yang berselindung dan suka menipu daya, boleh jadi Kita sendiri pernah mengalaminya dalam kehidupan sendiri tapi dalam prespektif berbeza.

Sebuah filem yang amat menarik dengan pelbagai kejutan, tapi awas filem ini durasinya agak panjang.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 12

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI