8mm 1999

5
(4)

Sebuah filem mengenai Tom Welles(Nicholas Cage) , seorang penyiasat peribadi. Perkhidmatan Tom diperkenalkan kepada balu Mrs. Christian melalui Daniel Longdale selepas menemui sebuah filem ‘snuff’ apabila mereka menyemak peti keselamatan Mr. Christian yang telah meninggal dunia.

 

Kemudian Mrs. Christian meminta Tom menilai isi kandungan filem itu, dan dia dipujuk untuk menyiasat gadis di dalam filem adakah masih hidup atau filem itu sekadar rekaan sahaja.

Salah satu penunjuk telah membawa Tom ke pusat video lucah yang dijaga oleh Max California(Joaquin Phoenix), yang kemudiannya menolong Tom dalam siasatan.

 

Petunjuk telah membawa Tom ke sebuah syarikat rekrut filem lucah dan bertemu dengan seorang agen rekrut yang Tom berasa adalah salah seorang dalang filem ‘snuff’.

 

Adakah Tom dapat membongkar kes ini? Dan jikalau Tom mengetahui kebenaran di sebalik filem tersebut, apa yang akan dilakukannya?

Luangkanlah sedikit masa untuk filem ini kerana ia adalah sebuah filem yang baik

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI