PARK SO-DAM BINTANG ‘PARASITE’ MENDERITA KANSER TIROID

5
(1)

Bintang filem yang menyinar dalam filem Parasite iaitu Park So-dam dikhabarkan menderita penyakit kanser tiroid. Khabar duka itu disahkan oleh pihak agensi pelakon tersebut.

Park So-dam mengetahui keadaan penyakitnya apabila dia menghadiri rutin pemeriksaan kesihatan.

Pada 13 Disember, agensi artis tersebut iaitu Artist Company telah mengeluarkan kenyataan bahawa Park So-dam tidak dapat turut serta dalam program mempromosikan filem terbarunya iaitu Special Delivery kerana pelakon tersebut perlu fokus terhadap kesihatan diri dan proses penyembuhan diri .

Park So-dam dikhabarkan telah menjalankan pembedahan atas nasihat doktornya. Park So-dam memberikan persembahan memukau dalam filem Parasite sebagai Kim Ki-jung.

Semoga cepat sembuh Park So-dam !

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI