HOUSE OF WAX (2005)

0
(0)

TITLE: HOUSE OF WAX

 

Release Date: April 2005

Director: Jaume Collet-Serra

IMDb: 5.4/10

Sepasang adik beradik Carly dan Nick Jones bersama-sama rakan-rakan mereka telah bersama-sama untuk pergi ke sebuah perlawanan bola sepak Amerika.  Pada malam itu, didalam perjalanan mereka kepenatan untuk terus memandu.  Mereka semua memutuskan untuk berkhemah di kawasan hutan berdekatan sementara menunggu pagi.

Pada malam itu semasa mereka sedang berehat dan berbual, mereka telah diganggu oleh sebuah trak yang tidak dikenali. Mereka menghalau pemandu trak tersebut tetapi sia-sia. Nick yang dalam keadaan marah telah membaling botol minumannya kearah trak tersebut. Lampu bahagian depan trak tersebut pecah, dan pemandu trak tersebut pun pergi dari situ.

Semasa mereka semua tidur didalam khemah masing-masin, mereka telah dirakam oleh seorang yang tidak dikenali. Carly terbangun selepas mendengar sesuatu diluar khemahnya. Dia mencari tetapi dia tidak menjumpai apa-apa yang pelik disekitar kawasan perkhemahan mereka.

Pada pagi berikutnya, kereta Wade telah rosak. Wade adalah kekasih Carly. Sementara itu Carly yang berada di dalam hutan bersama kawan nya telah terhidu sesuatu yang sangat busuk. Dia mencari punca bau itu sehinggalah dia terjatuh kesebuah tempat pembuangan bangkai binatang. Carly menjerit meminta pertolongan rakan-rakannya.

Selepas rakan-rakannya sampai untuk membantu, seorang lelaki bernama Lester telah menawarkan diri untuk membantu Wade dan Carly mencari alat ganti Kereta. Manakala yang lain pergi membeli tiket perlawanan.

Semasa sampai di pekan Ambrose, mereka mendapati pekan itu seperti pekan mati. Mereka mencari pemilik stesen minyak yang bernama Bo Sinclair. Bo menyatakan bahawa alat ganti tersebut hanya boleh dapat pada malam hari.

Setelah itu, Wade dan Carly bersiar-siar di pekan tersebut dan menjumpai sebuah muzium lilin yang sangat unik yang di panggil “HOUSE OF WAX”. Walaupun tiada penjaga muzium mereka tetap masuk. Melihat didalam muzium tersebut 100 peratus barangan didalam muzium tersebut adalah lilin. Wade sangat kagum. Sementara mereka sedang khusuk melihat barang-barang di muzium tersebut, seseorang dari luar tingkap muzium sedang memerhatikan mereka.

Malam itu, Wade dan Carly pergi mengikut Bo kerumahnya untuk mendapatkan alat ganti kereta mereka yang rosak. Semasa di dalam rumah Bo, Wade pergi ke tandas tetapi telah diserang oleh abang Bo iaitu Vincent. Vincent memakai topeng kerana dia cacat.

 

 

Wade yang tidak sedarkan diri telah dibawa ke bangkel yang berada di bawah muzium tersebut. Tubuh badan Wade telah dicelup lilin cair dalam keadaannya hidup-hidup.

Sementara Carly di luar, melihat trak milik Bo. Dia melihat lampu trak tersebut telah pecah, disitu dia mengetahui bahawa Bo adalah orang yang mengganggu mereka pada malam itu. Dalam keadaan panik, Carly cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya. Bo telah menculik Carly dan menguncinya di bilik bawah tanah di bawah stesen minyak.

Dari kejadian itu, bermulalah babak-babak yang mendebarkan . Dapatkah Carly melepaskan diri. Apakah nasib rakan – rakan Carly yang lain?

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI