Pelakon Korea Selatan Paling Mahal

1
(1)

TAHUKAH ANDA DUA PELAKON DRAMA KOREA INI MENERIMA BAYARAN PALING MAHAL UNTUK SETIAP SATU EPISOD?

 

One Ordinary Day merupakan sebuah drama bersiri Korea Selatan yang dapat ditonton di Viu. One Ordinary Day mula disiarkan secara ekslusif di Viu pada bulan Disember 2021. Menariknya tentang Kdrama One Ordinary Day ini ialah pelakon utamanya iaitu Kim Soo-hyun. 

 

Kim Soo-hyun merupakan satu nama besar buat industri hiburan di Korea Selatan. Kim Soo-hyun merupakan pemenang anugerah Grand Ball Awards sebanyak dua kali. Untuk pengetahuan, Grand Ball Awards adalah sama taraf dengan Academy Awards buat penggiat-penggiat seni di negara Korea Selatan.

 

Jejaka tampan yang kini berusia 33 tahun itu dilaporkan menerima bayaran tertinggi untuk setiap satu episod lakonannya dalam drama bersiri terbaru iaitu One Ordinary Day. One Ordinary Day merupakan sebuah remake versi Korea Selatan dari siri jenayah asal BBC iaitu Criminal Justice.

Kim Soo-hyun menerima anggaran bayaran sebanyak US$440,000 atau RM1,861,200 untuk setiap satu episod yang dilakonkan dalam siri drama The Ordinary Day. Jumlah bayaran tersebut membuatkan Kim Soo-hyun menjadi antara pelakon dengan bayaran termahal di Korea Selatan.

 

Selain The Ordinary Day, Viu juga muncul dengan siri original terbaru dari Korea Selatan iaitu Now We Are Breaking Up. Now We Are Breaking Up turut menyenaraikan pelakon yang dianggap lagenda buat peminat-peminat drama Korea Selatan. Pelakon wanita jelita iaitu Song Hye-Kyo memegang watak utama dalam drama siri tersebut. 

 

Persembahan Song Hye-Kyo yang paling diingati adalah dalam drama bersiri Autumn in My Heart, Full House, Descendants of the Sun, The Wind Blows, dan Encounter. Bintang yang amat mempesonakan ini ternyata tetap menawan di usia 39 tahun apabila dia diberi kepercayaan untuk membawa watak utama dalam drama bersiri baru Viu iaitu Now We are Breaking Up.

 

Sumber menyatakan bahawa Song Hye-Kyo menerima bayaran yang agak lumayan untuk setiap episod lakonannya iaitu US$40,000 atau RM169,200. Selain cemerlang dalam bidang lakonan, Song Hye-Kyo juga ternyata murah rezeki dalam bidang lain. Bintang tersohor itu meletakkan harga yang agak tinggi untuk mempromosikan jenama ternama sekitar US$760,000 atau RM3,214,800 dan paling mengejutkan pelakon itu meletakkan harga US$460,000 atau RM1,945,800 untuk promosi sesebuah peroduk di laman Instagram miliknya.

Pastinya peminat-peminat drama Korea Selatan tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton One Ordinary Day dan Now We are Breaking Up di Viu. 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 1 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI