LAYANGAN PUTUS (2021) KISAH KECURANGAN SEORANG SUAMI

5
(5)

Genre : Drama

Starring : Reza Rahadian, Putri Milano, Anya Geraldine & many more

 

Kepada peminat-peminat pelakon Reza Rahadian ada drama bersiri terbaru dari Reza Rahadian kesayangan anda..Drama bersiri ini antara salah satu drama terbaik lakonan beliau..Drama bersiri LAYANGAN PUTUS ini masih lagi ditayangkan di aplikasi WETV ORIGINAL..LAYANGAN PUTUS mempunyai 20 Episode yang mana dibahagi secara 2 bahagian..

 

Ianya mengisahkan tentang suami yang curang dibelakang isteri yang telah banyak berkorban terhadapnya..Sesiapa yang minat genre sebegini seperti THE WORLD OF THE MARRIED (KOREA), HATI YANG TERSAKITI (MALAYSIA) boleh la layan LAYANGAN PUTUS (INDONESIA) pula..Sebab drama ini diadaptasi dari kisah seorang penulis di Indonesia, MOMMY ASF yang mana kisah ini adalah kisah sebenar rumahtangganya yang bergolak akibat insan ketiga..hancur musnah dek kerana sikap suami yang tidak bertanggungjawab.

#spoileralert

ARIS & KINAN merupakan pasangan bahagia yang sedang menantikan kehadiran cahayamata mereka yang kedua…Kinan adalah wanita paling terbahagia mempunyai suami, anak, hidup surirumah yang sempurna, Aris pulak suami yang setia, penyayang romantik tanpa Kinan menyedari suami yang selama ini dia percaya hanyalah seorang lelaki yang pandai berpura-pura..

Kinan sanggup berkorban kerjayanya sebagai Doktor demi rumahtangganya.. Kinan juga adalah tulang belakang yang majukan hidup Aris dari dahulunya seorang yang miskin hingga berjaya..

Sikit demi sikit perbuatan curang Aris hampir terkeluar sehingga pada suatu hari Aris menipu Kinan mengatakan beliau harus ke pejabat ketika cuti hujung minggu..Kinan sebagai seorang isteri yang baik cuba menghantar makanan kepada Aris di pejabatnya malangnya Aris tiada di pejabat kata pengawal keselamatan pejabat tersebut..

Kinan mula berasa tidak sedap hati dan bermulalah episode demi episode bagaimana satu persatu perbuatan Aris menimbulkan curiga dalam diri Kinan..

Bagaimana kisah seterusnya sama-sama kita nantikan sehingga ke penghujung drama bersiri ini..

Jom layan dulu trailer drama bersiri LAYANGAN PUTUS ini..

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 5

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI

Ratu Aura Dewi

Ratu Aura Dewi

I'm A Movie Lover, Starbucks Lover & All Lover!