Kisah Benar – “The Pastor’s Wife (2012)”

5
(6)

Berdasarkan Kisah Benar

Seorang ibu kepada 3 orang anak dan isteri kepada paderi gereja menjadi suspek pembunuhan suaminya sendiri pada tahun 2006 di Selmer, Tennessee. Suaminya ditemui mati kerana ditembak dari belakang menggunakan senapang patah ketika suaminya sedang tidur.

Filem The Pastor’s Wife yang dibintangi oleh Rose McGowan sebagai Mary dan Michael Shanks sebagai Matthew Winkler mengisahkan sebuah keluarga sederhana yang mempunyai tiga orang anak perempuan. Matthew adalah seorang pendakwah dan paderi muda yang sangat popular dan disayangi dikalangan masyarakat disekelilingnya. Keluarganya sering menjadi bahan bualan di mana-mana sahaja kerana mereka dianggap sebagai keluarga contoh yang paling sempurna.

Di sebalik sikap Matthew yang suci murni itu, hanya Mary sahaja seorang yang tahu siapa sebenarnya suaminya itu. Di luar Matthew tampak begitu yakin dengan dirinya, dakwahnya yang sentiasa menyentuh tentang betapa pentingnya sesebuah institusi kekeluargaan dan peranan seorang wanita dan isteri di sisi suaminya.

Mary pula seorang suri rumahtangga, dia juga bekerja di sebuah cafe bagi membantu dan menampung keperluan keluarga mereka. Semua urusan rumahtangga dan kewangan diuruskan oleh Mary kerana Matthew sentiasa sibuk dengan urusan dakwahnya.

Suatu pagi, “BONG!” Tiba-tiba kedengaran bunyi letupan yang sangat kuat dari bilik tidur Mary dan Matthew sehingga mengejutkan anak-anak Mary dari tidur mereka. Mary yang ketika itu tangannya berlumuran darah cuba mengejutkan Matthew namun Matthew terus tidak sedarkan diri dan Mary segera membawa anak-anaknya lari dan keluar dari rumah menuju ke suatu tempat yang Mary tidak pasti lagi.

Tidak berapa lama kemudian, berita tentang kematian Matthew tersebar luas dan disiarkan di dalam berita sehingga mengejutkan seluruh masyarakat sekitar yang mengenali mereka.

Polis menyangka Mary dan anak-anaknya telah dilarikan oleh perompak dan ketika Mary telah ditemui oleh polis, Mary mengaku yang dia telah tertembak Matthew dengan tidak sengaja. Kisah ini seterusnya telah menggemparkan seluruh bandar mereka kerana tidak menyangka Mary yang disanjung tinggi dan dihormati kerana merupakan seorang isteri mithali rupanya adalah pembunuh suaminya sendiri!

Apakah sebenarnya yang berlaku di sebalik kisah keluarga yang sempurna ini? Sehingga menyebabkan seorang isteri yang dipandang sempurna sanggup membunuh suaminya sendiri? Akhirnya adakah Mary dihukum penjara atau sebaliknya?

Nak tahu apa kesudahan kisah filem ini? Anda boleh cari dan tonton di YouTube secara percuma.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 6

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI