Runaway 34 (2022) Diinspirasikan Dari Kisah Benar

5
(2)

“Diatas awan puluhan ribu kaki, nyawa 150 penumpang berada di tangan Ajay Devgan!!”

RUNAWAY 34 (2022) – Filem HEBAT arahan Ajay Devgan, diinspirasikan dari KEJADIAN/KISAH BENAR penerbangan Jet Airway kapal terbang Boeing 737-800 terhempas yang telah mengorbankan beberapa nyawa penumpang ketika penerbangan dilakukan dari Doha ke Kochi pada Ogos 2015.

Menonton filem ini mengingatkan sis kepada filem “Sully” dan “Flight” yang juga berdasarkan dari Kisah Benar kerana situasi yang dihadapi oleh Captain Vikrant Singh (lakonan Ajay) yang harus bergelut dan berjuang habis-habisan antara hidup dan mati dalam keadaan cuaca yang sangat buruk dan menakutkan, memastikan kapal terbang yang dipandunya dapat pulang dan mendarat dengan selamat.

Kisahnya lebih kurang sama seperti filem Sully juga, kita disajikan dengan 2 bahagian cerita yang melibatkan aksi-aksi dan drama yang penuh ketegangan, emosi dan suspen ketika berada di ruang udara. Manakala 1 bahagian cerita lagi melibatkan drama dan perdebatan yang berlaku di dalam sidang mahkamah.

Filem yang dibintangi sendiri oleh Ajay, Amitabh Bachchan dan Rakul Preet Singh ini juga menjadi perdebatan dan kontroversi apabila pembikinan filem ini telah diselar dengan begitu hebat sekali oleh Federation of Indian Pilots (FIP) kerana ia didakwa gambaran terhadap apa yang dialami oleh juruterbang dalam filem itu tidak realistik dan menyimpang dari kebenarannya, secara tidak langsung mencalarkan imej dan kredibiliti juruterbang.

Bagi min..pujian tetap patut diberikan kepada Ajay kerana berjaya mengarahkan filem ini dengan membawakan kesan visual/elemen CGI nya yang nampak cukup REALISTIK! Terasa minda sis seperti dimanipulasi seolah-olah turut sama berada di atas penerbangan itu!

Sebagai penonton, min dapat merasa impak dan emosi yang disampaikan sepanjang filem ini baik ketika babak-babak yang mendebarkan dan mencemaskan ketika insiden di udara dan juga ketika soal siasat dilakukan di dalam mahkamah.

Untuk ini dan dari segi pandangan peribadi min, filem ini layak mendapat 9/10 dari min???!!

Jom layan Trailernya!

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI