5 Filem Amerika Berdurasi Panjang Sepanjang Sejarah Perfileman

0
(0)

5. Gone with the Wind (1939)

233 minit

Filem yang melakar sejarah Amerika Syarikat yang menggabungkan genre melodrama, percintaan dan perang ke dalam satu naratif yang berlaku semasa dan selepas Perang Saudara Amerika.

Berlatar belakangkan tahun 1861, Scarlett O’Hara telah jatuh cinta dengan seorang lelaki. Walaupun ditegah oleh ahli Keluarganya dia tidak menghiraukan amaran dan sanggup melakukan apa sahaja demi cintanya itu.

4. Hamlet (1996)

242 minit

Filem Hamlet adalah sebuah filem adaptasi dari sebuah buku hasil nukilan penulis tersohor dunia iaitu William Shakespeare. Pengarah berani menceritakan keseluruhan cerita dalam satu filem walaupun durasinya agak begitu panjang.

Filem yang mengisahkan kehidupan seorang putera raja yang bernama Hamlet yang mengetahui bahawa bapanya telah dibunuh oleh bapa saudaranya sendiri dan kes pembunuhan itu dibantu oleh ibu kandungnya sendiri. Hamlet juga telah berperang dengan kisah cintanya setelah dia tersilap apabila membunuh bapa kekasihnya yg dianggap telah membunuh bapanya.

3. Zack Snyder’s Justice League (2021)

242 minit

Filem Zack Snyder’s Justice League adalah salah satu filem moden yang berdurasi panjang Amerika Syarikat.

Skrip asal Justice League telah ditulis semula sebelum tayangannya, dan mendapat perubahan baharu pada 2021, bermakna terdapat 4 versi filem itu.

2. Kill Bill: The Whole Bloody Affair (2006)

247 minit

Kejayaan Kill Bill Volume 1 dan 2 telah melahirkan Filem Kill Bill: The Whole Bloody Affair dimana filem ini adalah gabungan 2 filem tersebut. Bukan itu sahaja filem ini lebih menunjukkan aksi-aksi dan plot yang lebih terperinci dari setiap sudut.

1. Gettysburg (1993)

254 minit

Gettysburg adalah sebuah filem perang yang mempunyai pencapaian yang sangat luar biasa terutamanya saekali bagi peminat filem perang dan sejarah. Filem yang berdurasi lebih 4 jam ini menggambarkan tentang petempuran perang saudara di Amerika Syarikat.

Setiap perincian diambil berat dalam filem sejarah perang ini. Sehingga menghasilkan sebuah filem perang epik ketika zaman 90-an.

 

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI