FILEM KOREA DIRAJA YANG PALING EPIC THE THRONE

5
(1)

Berdasarkan Kisah Benar filem the throne mungkin yang diulas ini kelihatan seperti kemaruk dengan sejarah negara orang lain berbanding negara sendiri.Tetapi realitanya dua film ini sememangnya miliki kisah yang cukup menarik untuk dikongsi pada semua.

 

Selama ini kita kerap dihidangkan dengan film diraja yang mempunyai plot konflik mengenai rampasan kuasa tidak kira dari Eropah atau Asia.Cuma apa yang kurang menarik film tersebut lebih kepada fiksyen berbanding fakta sejarah semata. Contoh terdekat “Game of Throne”.

 

Mari kami kongsikan sedikit fakta dan pemahaman secara kasar mengenai plot film ini supaya penonton akan lebih mudah memahaminya ketika menonton mengenai legasi legasi keluarga Diraja era Joseon.

 

Kisah antara bapa Raja Yeongjo dan anak Putera Mahkota Sado, pewaris asal takhta. Tidak pernah dalam rekod sejarah lain dari mana-mana bahagian dunia akan ada kisah keluarga yang lebih tragis daripada Putera Sado ini, yang dianggap tidak layak untuk memerintah dan dikutuk oleh bapanya sendiri pada usianya 27 tahun hingga menyebabkannya dikurung didalam peti beras yang kecil selama 8 hari tanpa makanan atau minuman.

 

 

Jadi kenapa bapa, Raja Yeongjo, ingin sekali membunuh anak yang paling disayangi? Dan Kenapa dia melakukan kekejaman sedemikian terhadap satu2 waris tunggal takhta kerajaannya?

 

Kedua bapa putera Sado Iaitu Raja Yeongjo satu ketika dahulu tidak pernah ditabalkan sebagai pewaris takhta ketika zamannya kerana beliau adalah anak wanita kelas paling rendah.Jadi ura-ura mengatakan beliau menaiki takhta disebabkan bantuan dari NORON (parti politik istana) mereka berjaya menghasutnya membunuh abang kandungnya sendiri untuk menaiki takhta.

 

Semasa di awal kelahiran Putra Sado,Raja Yeongjo melanggar adat dengan menabalkan anaknya terus sebagai pewaris takhta sewaktu Sado masih bayi lagi.Raja Yeongjo terlalu obses hingga memaksa anaknya dari umur 6 tahun menghafal beratus-ratus kitab supaya belajar tentang politik dan undang-undang negara.

 

Misinya agar anaknya bakal menjadi Raja paling bijaksana dalam sejarah Joseon. Perkara tersebut menyebabkan Sado memiliki keluarga angkat yang mendidiknya dan menjadi punca jurang kasih sayang antara bapa dan anak ini.Lebih menyedihkan, keluarga angkat Sado adalah “Hamba Setia” kepada raja terdahulu yang pernah dibunuh oleh Raja Yeongjo.

Konflik bermula, apabila minat Putera Sado beralih kepada seni mempertahankan diri berbanding Kitab undang-undang negara, semata kerana dididik secara halus oleh keluarga angkatnya yang berdendam dengan Raja Yeongjo.

 

Kesimpulannya “The Throne ,adalah sebuah film yang diolah penuh emosi dari segi lakonan,script,visual dan juga plot. Ianya mampu membuatkan emosi kita tertumpu pada dua watak tersebut itu Raja Yeongjo dan Sado. Hingga saat kita menonton film ini, akan terdetik bahawa film ini bukan kisah perebutan takhta, tapi kisah kasih sayang seorang bapa dan anakyang cukup emosi.

 

Disebabkan perbezaan pandangan dan minat putera sado, Raja Yengjo sentiasa menghina apa saja pendapat yang dibentangkan oleh Sado ketika persidangan istana berlaku.Lebih memilukan Raja Yengjo sentiasa didesak oleh parti politik NORON supaya menyisihkan Putera Sado dari mewarisi Takhta.

 

Yang terakhir ini lah menjadi punca konflik besar berlaku antara bapa dan anak ini, tapi bukan setakat itu saja? Ianya berterusan hingga kepada anak Putera Sado iaitu Putera Jeongjo? Nak tahu siapa Jeongjo? Jom saksikan film ini di layar kaca kediaman anda di streaming platform Viu

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI