Trailer #1 “The Witch Part 2: The Other One (2022)”

5
(3)

The Witch Part 2:The Other One yang bakal tiba di layar wayang anda pada 15 June ini adalah filem arahan daripada pengarah Park Hoon-jung, yang juga peneraju filem pertama, The Witch Part 1: The Subversion. Sambutan dan keberhasilan filem pertama itu sangat mengagumkan dan terbukti ia mungkin salah satu filem aksi-seram terbaik yang industri perfileman Korea pernah ada!

Rentetan itu, sekuelnya ini pasti akan menjadi sangat hebat juga! Seperti yang anda akan lihat dalam trailer yang disajikan, kelihatan dan kedengaran GEMPAK dari segi visual dan sinematografinya.

SINOPSIS

Seorang gadis terjaga di sebuah makmal rahsia yang besar. Gadis itu secara tidak sengaja bertemu dengan Kyung-hee yang cuba melindungi rumah mereka daripada orang-orang misteri yang mengganggunya. Apabila mereka terserempak dengan gadis itu, mereka telah dikuasai oleh kuasa yang tidak dijangka dari gadis itu. Dalam pada itu, makmal rahsia mula mencari gadis yang hilang itu. Siapakah gadis misteri ini dan kenapa dia dikejar?”

Filem ini dibintangi oleh Cynthia (a.k.a. Shin Sia), Park Eun-bin, Seo Eun-soo, Jin Goo, Sung Yu-been, Jo Min-soo dan Lee Jong-suk. Kim Da-mi merupakan bintang jemputan dan dia membawakan semula wataknya dari filem pertama.

The Witch Part 2: The Other One akan dikeluarkan di VOD pada 15 Jun 2022.

Pasti anda semua tidak sabar mengetahui keterlanjutan filem The Witch Part 2 ini kan? Jom kita berhibur dan saksikan TRAILER pertama yang telah dikeluarkan!

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI

Aireen

Aireen

❤️Movie lover, food lover..live life to the fullest!❤️