Extremely Wicked, Shockingly Evil and Vile (2019) Kisah Benar Tentang Pembunuh Kejam

5
(2)

DIINSPIRASIKAN DARI KISAN BENAR

Extremely Wicked, Shockingly Evil and Vile (2019)

Mengisahkan Ted Bundy atau nama sebenarnya Theodore Robert Bundy seorang psychopath dan lagenda pembunuh bersiri yang sangat kejam dan mengerikan yang hobinya adalah menculik, merogo* dan membunuh gadis² muda. Dia mengaku yang dia telah melakukan sebanyak 36 pembunuhan di 7 negara antara tahun 1974-1978, mungkin juga jumlah korbannya lebih dari itu. Ted Bundy telah dihukum bunuh pada tahun 1989 oleh Hakim Cowart (lakonan John Malkovich).

 

 

Lily Collins membawa watak Liz Kendall sebagai kekasih Ted dalam filem ini dan mempunyai seorang anak perempuan hasil dari perkahwinannya yang terdahulu.. yang sadisnya Liz tahu segala perbuatan Ted namun dia tetap mencintainya dan menyembunyikannya dari pihak berkuasa.

Berbekalkan wajah yang kacak dan pandai memujuk…ramai gadis mudah jatuh ke perangkap Ted Bundy dan kebanyakan mangsa Ted adalah gadis berambut panjang dan berwarna hitam. Setelah dia culik, dia akan rogol kemudian dia akan pukul mangsanya sampai mati dengan kejam sekali!

Namun siapakah yang berhasil membuatkan Ted Bundy ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara?

✍️Review

Min yakin ramai yang sudah tonton filem ini kan? One of the top movie during 2019. Ditambah dengan adanya pelakon² hebat seperti Zac Efron dan Lily Collins membuatkan filem ini mempunyai tarikan dia tersendiri walaupun ada beberapa perubahan yang dibuat dalam filem ini oleh Michael Werwie untuk menjadikan plotnya lebih menarik.

As for Lily Collins pula, min rasa watak dia dalam filem ini agak suram dan tenggelam…ntah kenapa seperti tak dapat nak feel watak dia. Unlike Zac, watak ini memang sangatlah kena dengan dia, kita dapat rasakan emosi dan kekejaman yang dia lakukan hanya dengan expression kat wajah dia dan pandangan matanya.

Min beri 8.5/10⭐⭐⭐⭐ untuk lakonan layar filem ini.

Nasihat min, anda boleh mulakan dengan membuat pembacaan kisah asal Ted Bundy ni dulu sebelum mula menonton filem ini. Sebab tak semua kisah dan latar belakang sebenar Ted ada dimasukkan dalam filem ini. Salah satunya si Ted ni ada Isteri yang bernama Carole Ann Boone dan seorang anak perempuan Rose Bundy dari tahun 1980 dan bercerai pada tahun 1986.

Sila layan trailer yang disajikan dibawah:

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI