SPIN OFF KINGDOM: THE CROWN PRINCE DIBATALKAN

0
(0)

Menurut sumber dari My Music Taste, KINGDOM: The Crown Prince yang sepatutnya ada spin-off kedua pada tahun ini selepas kejayaan spin-off Kingdom: Ashin of The North tahun 2021 telah DIBATALKAN!!

Kingdom: The Crown Prince, yang sepatutnya telah memulakan penggambaran akhir tahun lepas 2021 telah ditangguhkan atas pelbagai sebab.

Ju Ji Hoon yang sebelum ini sibuk dengan penggambaran filem terbaru pada Ogos 2021 kerana bakal membintangi filem baru “Gentleman” sebagai pelakon utama yang akan ditayangkan pada Mei 2022 ini. Han So Hee juga merupakan bintang utama yang akan bergandingan dengan Ju Ji Hoon.

Selain itu, penggambaran filem baru lain berjudul “Kidnapped” yang juga akan dibintangi oleh Ju Ji Hoon, ditunda kepada tahun ini. Akibatnya, pembikinan filem Kingdom: The Crown Prince telah ditolak selama-lamanya.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI