HARMONY (2010) – BERENDAM AIR MATA!!

4.8
(5)

Filem Korea Selatan yang dikeluarkan pada tahun 2010 ini bergenre drama pasti akan membuat penonton-penonton terpukau dan berendam dengan air mata.

Plot penceritaan yang sederhana sahaja, tiada sebarang twist tidak boleh jangka atau apa-apa elemen filem yang luar biasa, tapi filem ini berjaya membuat hati meronta-ronta turut hanyut dalam penghayatan watak setiap pelakon yang telah memberikan 100% persembahan terbaik.

Konflik dan jalan cerita ringan yang tidak memeningkan kepala. Watak-watak yang tidak keterlaluan berlebihan, hubungan antara watak dan kehebatan lakonan betul-betul meninggalkan kesan ke dalam hati penonton.

Filem arahan Kang Dae-kyu ini berjaya menonjolkan cerita segar mengenai banduan-banduan di penjara. Tiada warden penjara berhati penjenayah dan tiada banduan berkelakuan seperti mafia. HARMONY dilakonkan oleh beberapa bintang besar seperti Kim Yunjin, Na Moon-hi,  Kang Ye-won, dan Jang Young-nam.

Sinopsis mungkin mengandungi spoiler :

HARMONY bermula dengan kisah seorang banduan yang melahirkan anak dalam penjara seterusnya terpaksa membesarkan anak itu bersama rakan-rakan banduannya. Wanita ini tanpa sengaja telah membunuh suaminya seorang pendera dan dia dijatuhi hukuman 10 tahun penjara.

Wanita ini dan rakan-rakannya sedar bahawa tempoh mereka tidak lama untuk bersama-sama anak kecil yang mereka bela, hanya 2 tahun. Selepas itu anak itu akan dijaga oleh keluarga angkat.

Wanita-wanita banduan ini bersama-sama menubuhkan pasukan koir di penjara dan mereka akhirnya terkenal. Wanita yang bakal kehilangan anak tersebut, bersungguh-sungguh mahu menubuhkan pasukan koir kerana dia mahu membawa anaknya keluar bersiar-siar sebagai token. Dia bersama banduan senior di penjara itu yang merupakan banduan akhir bertungkus-lumus menjayakan pasukan koir tersebut.

Filem ini tidak berkisar mengenai konflik ibu dan anak yang bakal terpisah sahaja, filem ini jugak menceritakan tentang hubungan setiap watak utama. Konflik kekeluargaan dan perhubungan yang benar-benar boleh membuatkan air mata jatuh berguguran.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

Ucapan selamat tinggal buat selamanya.

Babak akhir amat-amat meruntun jiwa raga!  HARMONY sangat-sangat berbaloi untuk ditonton!!

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.8 / 5. KIRAAN BINTANG 5

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI