10 FILEM PHSYCHO DARI KOREA

5
(1)

MIDNIGHT FM (2010)

Seorang penyampai radio telah diganggu oleh seorang peminat dan dia adalah pembunuh bersiri pada hari terakhirnya menjadi penyampai radio disitu. Pembunuh tersebut telah menjadikan keluarganya sebagai tebusan.

TRAILER

THE CHASER (2008)

Mengisahkan seorang bekas detektif yang telah bersara dan menjadi seorang bapa ayam. Beberapa pelacurnya telah hilang setelah dihantar ke pelanggan. Dia menyiasat sendiri, rupa-rupanya dia sedang mengejar seorang pembunuh bersiri yang membunuh pelacur-pelacur yang bekerja dibawahnya.

TRAILER

FORGOTTEN (2017)

Tindak – tanduk seorang abang menjadi pelik apabila dia pulang kembali selepas 19 hari diculik dihadapan mata adiknya. Adiknya juga dilarang untuk naik ke bilik yang berada di tingkat atas rumah yang bahru sahaja mereka pindah.

TRAILER

MEMOIR OF A MURDERER (2017)

Seorang pembunuh bersiri telah berhenti menjadi pembunuh apabila dia telah mengalami kemalangan dan menghidap penyakit Azheimer. Dia yang tinggal bersama anak perempuannya yang kini sedang berkenalan dengan seorang lelaki. Disebabkan lelaki itu seorang physcho dia cuba melindungi anak perempuannya.

TRAILER

CHILDREN (2011)

Dari sebuah kisah sebenar yang telah berlaku pada tahun 1991 tentang 5 orang kanak-kanak yang pergi ke sebuah pergunungan yang berada berdekatan kejiranan mereka telah dijumpai mati. Suspek dari kes kematian kanak-kanak ini adalah salah seorang ibu bapa dari kanak-kanak tersebut.

MIDNIGHT (2021)

Seorang wanita pekak dan bisu telah menjadi saksi utama dalam kes pembunuhan bersiri. Dia telah dikejar dan diserang oleh pembunuh bersiri tersebut bagi menutup perbuatannya.

TRAILER

I SAW THE DEVIL (2010)

Seorang wanita yang bertunang dengan seorang ajen NIS yang terlatih telah dibunuh dengan kejam oleh seorang pembunuh bersiri. Ajen tersebut telah mengambil tindakan yang sangat drastik untuk membalass dendam di atas kematian tunangnya.

TRAILER

DOOR LOCK (2018)

Mengisahkan seorang wanita yang tinggal bersendirian sering merasa tidak selesa walaupun berada dirumah sendiri seperti ada yang memerhatinya. Setiap kali bangun pagi dia juga akan berasa sangat letih untuk pergi kerja walaupun sudah tidur awal. Lama – kelamaan dia telah terjumpa bukti ada seseorang telah pecah masuk rumahnya.

TRAILER

OLDBOY (2010)

Seorang lelaki telah diculik dan di masukkan kesebuah bilik kecil yang mempunyai sebuah televisyen. Semasa dia diculik, dia telah menjadi suspek utama pembunuhan isterinya. Selepas 15 tahun dia telah dilepaskan oleh penculik tersebut. Dia yang kini dalam misi mencari anak perempuannya trrpaksa menempuhi pelbagai halangan untuk mencari anak perempuannya.

TRAILER

MOTHER (2009)

Seorang wanita yang begelar ibu akan buat apa sahaja untuk melindunygi anaknya.Mother engisahkan seorang ibu yang berusaha untuk melindungi anaknya dari disabitkan sebagai pembunuh. Anaknya yang mempunyai kecatatan mental telah dituduh membunuh seorang kanak-kanak perempuan dengan kejam. Dia seorang wanita biasa telah menyiasat kes tersebut bagi melindungi anaknya dan membuktikan anaknya tidak bersalah.

TRAILER

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI