SERANGAN BUAYA RAKSASA THE ROGUE 2007

4
(1)

SATU LAGI FILEM BERTEMA BUAYA YANG PALING BEST ANTARA SEMUA BUAYA YANG ADA!

Gila besar dan nampak sangat realistik buayanya! Lebih besar dari cerita di “Black Water 2007”.

ROGUE (2007) mengisahkan sekumpulan pelancong yang sedang bercuti santai-santai ke sebuah danau yang diberi nama National Park Kakadu.

Jelajah punya jelajah sehinggalah kapal yang mereka naiki ini masuk ke satu kawasan yang belum pernah diterokai.

Disitu, mereka terjumpa sebuah tasik yang agak terpencil dan tiba-tiba kapal mereka diserang dan digoncang dari bawah air dengan begitu ganas dan kuat sekali! Apa lagi? Mestilah mereka panik bagai nak hilang nyawa!

Ketika itulah rasa takut dan ngeri mencengkam kalbu setiap dari mereka seolah ambang kematian menanti di depan mereka tak lama lagi.

Mereka mula sedar yang mereka telah terperangkap di sarang buaya yang sangat ganas menanti masa untuk menjadi santapan si buaya!

Maka bermulalah misi mereka untuk mencari jalan keluar, untuk meminta bantuan dari pulau atau danau yang berdekatan.

Adakah ia semudah itu?? Oh tidak….sudah pasti tidak.. Sang Buaya masih bebas berenang-renang menyelam sambil minum air! Menunggu masa yang sesuai untuk timbul semula!

Dari sumber Wikipedia mengatakan buaya di Australia memang di antara yang paling besar di dunia. Yang filem Black Water pun juga dari Australia.

Bagi anda yang belum lagi tonton filem ini, silalah guna masa yang terluang jika ada untuk filem ini.

Bagi sis, filem ini cukup mendebarkan, menarik, menghiburkan dan dalam masa yang sama boleh buat kita naik darah kerana ada beberapa karakter yang sangat “annoying gila”! Nampak sangat lakonan mereka memang menjadi kan!

Hey! Berita baik! Anda boleh tonton filem ini secara percuma melalui saluran YouTube! Taip sahaja tajuknya pasti jumpa!

TRAILER

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI