THE SWINDLERS (2017) – MENIPU, TERTIPU, DITIPU !!

4.9
(9)

Pernah tengok filem pasal kaki scam? THE SWINDLERS adalah sebuah filem yang berkisar tentang mangsa skim ponzi dan dalang yang terlibat dengannya.

Filem aksi jenayah ini diarahkan oleh Jang Chang-won dan dibarisi pelakon-pelakon terkenal Korea Selatan seperti Hyun Bin , Yoo Ji-tae, Bae Seong-woo, Park Sung-woong, Nana dan Ahn Se-ha.

Sinopsis mungkin mengandungi spoiler :

Selama beberapa tahun seorang lelaki penipu yang telah memeperdayakan ramai mangsa didakwa telah meninggal dunia. Mangsa-mangsa penipuan lelaki terbabit masih tidak boleh menerima hakikat bahawa lelaki tersebut telah mati. Ternyata ada nyawa yang melayang, keluarga yang berantakan dan kehidupan yang hancur akibat penipuan lelaki tersebut. Setiap sen duit mangsanya ditipu tanpa rasa bersalah.

Beberapa tahun selepas berita kematian lelaki kaki scam tersebut, seorang pemuda bernama Hwang Ji-sung(Hyun Bin) masih gigih menjejak penipu yang dianggap telah mati oleh masyarakat. Dia menyimpan dendam kesumat kerana bapanya telah mati beberapa tahun lalu sewaktu mengadakan pertemuan dengan lelaki penipu itu. Hwang Ji-sung juga pintar dan licik dalam memanipulasi keadaan.

Dalam pemburuannya , Hwang Ji-sung ditemukan oleh seorang pendakwa raya bernama Park Hee-soo (Yoo Ji-tae) dan pasukannya. Park Hee-soo menggunakan Hwang Ji-sung untuk menjejak lelaki penipu yang telah lama dicarinya. Park Hae-soo ternyata mempunyai motif berbeza dari Hwang Ji-sung, pendakwa raya itu ternyata mahu menghabiskan bukti silam kejahatannya bersama lelaki penipu yang sedang dicari.

Secara keseluruhannya filem THE SWINDLERS adalah menarik untuk ditonton. Banyak babak mendebarkan, babak kejar-mengejar mengesan musuh. Babak-babak intipan dan penyamaran. Cuma plot nya seperti agak mudah dijangka. Tiada elemen kejutan kerana semuanya mudah diteka.

Filem ini juga boleh di striming di platform viu.

Penipu yang menipu.

Mengambil kesempatan.

Dendam bakal menghapus segala kejahatan.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.9 / 5. KIRAAN BINTANG 9

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI