13 BELOVED (2006)

5
(2)

13 permainan yang MEMATIKAN!!

“Diulit dengan hutang keliling pinggang dan hanya ada satu jalan keluar…dia perlu bermain 13 PERMAINAN MAUT yang akan menguji dan menentang naluri kemanusiaan nya demi untuk memenangkan sejumlah duit bagi menyelesaikan hutang-hutangnya. Mampukah dia melalui kesemua 13 permainan maut itu???

Filem bergenre horror psychology thriller ini terdapat 2 versi. Versi Thailand 2006 yang bertajuk “13 BELOVED” dan remake dari USA tahun 2014 bertajuk ” 13 SIN“. Min hanya akan buat 1 review sahaja ya kerana plot filem nya pun sama sahaja.

13 BELOVED

Chit (Krissada Sukosol) sedang mengalami depresi kerana kerjayanya telah hancur dipecat oleh majikannya, keretanya telah ditarik kerana tidak bayar selama 3 bulan. Senang cerita, Chit dihimpit hutang keliling pinggang. Tiba-tiba Chit menerima satu panggilan telefon yang tidak dikenalinya tapi si pemanggil mengetahui semua latarbelakang nya dari A-Z. Pemanggil itu telah menawarkan dia untuk mengikuti satu permainan yang digelar 13 Beloved. Namun Chit tidak mempercayainya sehinggalah si pemanggil itu menyuruh dia memukul mati seekor lalat menggunakan surat khabar yang ada di depannya ketika itu, jika Chit berjaya membunuh lalat yang sedang terbang mengelilinginya itu, Chit akan terus menerima 10 ribu Baht dalam akaunnya. Chit berjaya membunuh lalat tersebut dan dia sangat terkejut apabila melihat akaunnya yang dari 500.13 kini menjadi 10,500.13 ribu Baht! (Part yang dia pukul lalat tu lawak! Tergelak besar min hahahah).

Setelah itu, si pemanggil misteri itu menawarkan 50 ribu Baht untuk permainan kedua. Chit apa lagi kan? Terus dia setuju! Inilah peluang keemasan dia untuk mendapatkan duit sebanyak yang mungkin. Ibarat duit jatuh dari langit gitu! Permainan kedua Chit perlu makan lalat yang dia pukul hingga mati tadi guys!! Hahahahah, aduh makin besar gelak min! Dia punya geli tu..terus ngapppp masuk mulut!! Haihhh!! Yucks! Tiba-tiba bunyi notifikasi phone masuk, “Kaching!!$$!!” 50 ribu Baht lagi guys!

Babak seterusnya adalah babak kemuncak filem ini. Untuk meneruskan permainan, Chit perlu melakukan 11 lagi cabaran dan kali ini hadiah duit berjumlah 100 juta Baht bakal Chit terima sekiranya dia berjaya. Woohoo! Namun untuk mendapatkan duit itu bukanlah sesuatu yang mudah kerana Chit perlu melakukan hal-hal yang cukup merbahaya, diluar tabii dan dia wajib mematuhi peraturan yang ditetapkan, jika tidak kesemua duit yang dimenanginya sebelum itu akan ditarik balik. Yang pastinya, Chit bakal melakukan sesuatu yang akan menguji dan menentang naluri kemanusiaannya !!

KINI PERMAINAN SEBENAR PUN DIMULAKAN!

Di sisi lain, ada sekumpulan manusia yang juga sedang memerhatikan Chit tanpa pengetahuan Chit. Rupa-rupanya, ini bukan sahaja permainan rahsia! Tapi ia telah dijadikan sebagai satu gelanggang pertarungan untuk dipertontonkan kepada segelintir manusia yang bertaruh atas Chit.

Mampukah Chit menyelesaikan kesemua cabaran tersebut? Adakah nyawanya juga menjadi pertaruhan dalam permainan ini??

P/s: Min dapat rasa drama popular Korea Squid Game sedikit sebanyak dipengaruhi dari filem ini. Apa pendapat anda semua pula?

Apapun min sangat suka dan terhibur dengan plot dan twist filem ini, ia digarap dengan cukup baik sekali. Penceritaan plot nya pun seimbang, tidak lambat dan tidak terlalu cepat. Babak-babak yang mendebarkan dan mengerikan semua pun “ON POINT”

**Oh ya, filem ini tidak sesuai untuk tontonan anak-anak bawah umur ya**

Jom kita layan dulu Trailer 13 Beloved vs 13 Sin

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI