LELAKI SELUDUP SQUID GAME MATI

4.7
(3)

Seorang lelaki dari Korea Utara yang baru sahaja pulang dari China menerima padahnya apabila kantoi menyeludup salinan drama SQUID GAME yang disorokkan di dalam pemacu penanya (USB).

7 orang pelajar turut menerima hukuman kerana menonton drama tersebut secara rahsia di bilik kelas sekolah mereka selepas membeli salinan drama tersebut.

Pelajar-pelajar tersebut mendedahkan yang mereka telah membeli salinan drama popular itu dari lelaki yang sama menyeludup salinan drama itu. Hasil dari bukti dan keterangan tersebut, lelaki dari Korea Utara itu terus ditahan dan bakal dijatuhkan hukuman mati yang akan ditembak oleh Skuad Penembak Korea Utara.

                   (Sekadar hiasan)

Menurut sumber dari Radio Free Asia yang beribu pejabat di Amerika Syarikat, seorang pelajar yang terlibat membeli salinan drama tersebut telah pun dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup manakala rakan-rakannya yang lain terlibat juga akan dihukum menjadi pekerja buruh kasar selama 5 tahun.

Hasil dari siasatan yang dipergiatkan, penangkapan juga melibatkan guru-guru serta pentadbir sekolah yang mana kini mereka telah dibuang kerja dan bakal menjalani hukuman bekerja di kawasan lombong arang batu atau lebih teruk lagi mungkin juga akan dibuang ke kawasan luar bandar yang jauh dan terpencil dari Korea Utara.

Apa yang menyedihkan lagi, dijangka akan ada ramai yang terlibat dalam kes ini. Hal ini cukup membimbangkan masyarakat disekitarnya dan ahli keluarga yang terlibat.

Menurut sumber juga, ini adalah kali pertama Undang-undang “Penghapusan Pemikiran dan Budaya Reaksioner” terhadap golongan bawah umur dilaksanakan di negara yang terkenal dengan pemerintahan Diktatornya.

Dalam rang undang-undang tersebut menyatakan mereka yang ditangkap kerana menyeludup, menonton, menyimpan atau mengedarkan bahan media dari negara-negara kapitalis seperti Korea Selatan dan Amerika Syarikat akan dihukum bunuh atau dikurung bersama anjing liar yang ganas dan akhirnya mati kerana digigit dan dimakan dagingnya. Sungguh dahsyat dan tiada belas kasihan langsung.

Kim Jong Un yang dikenali sebagai “SUPREME LEADER” Korea Utara yang telah memerintah Korea Utara sejak tahun 2011 dan beliau juga merupakan Parti Pekerja Korea sejak tahun 2012 pernah menegaskan pendiriannya tentang konspirasi drama Squid Game. Dimana beliau menegaskan Squid Game adalah cerminan paling buruk dan akan merosakkan kehidupan sosial rakyat Korea Selatan yang kuat berhutang dan beliau juga amat kecewa dengan golongan muda di negaranya yang semakin ramai memuja dan beralih arah ke Korea Selatan dalam pelbagai aspek.

TRIVIA – Penduduk Korea Utara menonton drama SQUID GAME di Netflix itu secara sorok-sorok di bawah selimut pada waktu malam menggunakan pemain media mudah alih.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.7 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI