Queenpins 2021

5
(1)

Filem ini mengisahkan dua sahabat yang tidak mempunyai kehidupan yang mewah Connie dan Jojo . Connie adalah seorang suri rumah yag tidak mempunyai pendapatan, dia hanya mengharapkan suaminya. Untuk menjimatkan perbelanjaan mereka, Connie sangat obses dengan mengumpul kupon. Tetapi pada suaminya Connie hanyalah isteri yang sering menyusahkannya sahaja. Dia tidak pernah menghargai pengorbanan Connie.

Jojo adalah rakan baik Connie seorang yang tidak bekerja dan tinggal bersama ibunya. Ibu Jojo sering memarahinya kerana dia hanya duduk dirumah melakukan Vlognya setiap hari.

 

 

Pada suatu hari Connie mendapat idea untuk melakukan penipuan kupon. Connie merancang menipu dengan menjual kupon pembelian. Mereka berdua telah melakukan skim penipuan tersebut di bantu oleh Tempe Tina seorang hacker yang membantu mereka.

Connie dan Jojo telah berjaya menipu syarikat-syarikat besar dan mereka mempunyai pendapatan mencecah sehingga berbillion-billion dollar. Skim penipuan kupon mereka telah berkembang sehingga menarik perhatian pihak berkuasa undang-undang kerana syarikat – syarikat besar telah mengalami banyak kerugian disebabkan skim kupon mereka.

 

 

Seorang inspektor pos A.S Simmon Kilmurry dan seorang pegawai pencegah kerugian Ken Miller telah menyiasat skim kupon tersebut. Terdapat pelbagai kejadian lucu telah berlaku.

 

Filem ini dalah inspirasi dari sebuah kisah benar yang terjadi pada tahun 2012 dimana banyak syarikat – syarikat besar telah mengalami kerugian yang sangat besar disebabkan skim penipuan kupon di seluruh A.S. penipuan ini adalah penipuan kupon terbesar yang pernah terjadi didalam sejarah.

Trailer

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI