KAREENA KAPOOR & AMRITA ARORA POSITIF COVID19-LANGGAR SOP HADIRI PARTI

5
(1)

Kareena Kapoor dan Amrita Arora keduanya telah disahkan dijangkiti Covid-19. Kedua artis tersebut kini disahkan sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.

 Kareena Kapoor dan Amrita Arora didapati positif Covid-19 selepas melakukan ujian saringan pada hari Sabtu 11 Disember 2021.

Kedua-dua artis popular tersebut telah melanggar SOP yang ditetapkan dan telah menghadiri beberapa parti yang dianjurkan oleh selebriti tersohor Bollywood. Kini pihak jabatan kesihatan India sedang giat menjejak kontak rapat mereka berdua.

Minggu lepas Kareena Kapoor telah berkumpul bersama sahabat-sahabatnya dan adik beradikya di sebuah parti sambutan awal Krismas di rumah Rhea Kapoor. Menurut laporan, beberapa bintang tersohor turut hadir antaranya Malaika Arora dan Karisma Kapoor.

Kareena Kapoor dan Amrita Arora juga difahamkan telah menghadiri sebuah parti di rumah Karan Johar pada Rabu yang lepas dan parti itu turut dihadiri beberapa rakan artis seperti Arjun Kapoor dan Alia Bhatt.

Kareena Kapoor telah membuat pengumuman rasmi di laman Instagram miliknya bagi menjelaskan tentang hasil ujian saringan Covid-19 terhadapnya .

Semoga segera sembuh Kareena Kapoor dan Amrita Arora. Jangan lupa sentiasa jaga SOP dan sentiasa jaga jarak! Jauhi Covid-19.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI