KISAH ROH YANG TIDAK TENANG (MOURNING GRAVE 2014)

4
(1)

“Rohnya kembali menghantui semua yang pernah membulinya dan menyebabkan kematiannya..”

Salah satu filem lama lakonan Kang Ha-Neul bersama Kim So-eun yang sis sangat-sangat “RECOMMENDED”?? anda bagi yang belum lagi tonton terutama bagi peminat filem-filem SERAM KOREA.

Bagi sis, ini adalah salah satu filem seram Korea YANG TERBAIK yang pernah sis tonton. Bukan setakat seram sahaja, tetapi juga digarapkan dengan kisah yang sangat tragis dan menyedihkan.

Mampu mencetuskan suasana suram dan seram yang sekaligus menjentik emosi kita sebagai penonton terutamanya ketika kemunculan “roh” tersebut..rasa seram itu memang “ON POINT”! (Cubalah tonton waktu malam sunyi, serius feel gila?)

Yang menariknya lagi, dalam filem ini Ha-Neul seorang sahaja yang boleh melihat dan berkomunikasi dengan roh tersebut. Sedikit demi sedikit dia mendapat tahu bagaimana roh itu boleh mati dan anda pasti tidak akan dapat menjangka kejutan yang diberikan dalam 30 minit akhir filemnya. Yang pasti, sangatlah menyayat hati, tragedi yang tidak sepatutnya berlaku kepadanya.

Ada satu babak yang sangat kelakar sekali bila si Ha-Neul terserempak dengan hantu lain dekat satu rumah usang yang terbiar. Tidak sangka disebalik wajah dan watak-watak serius yang dia selalu lakonkan, boleh buat kita ketawa terbahak-bahak! (bagi yang dah pernah tonton filem ini pasti tau babak mana yang sis maksudkan ini).

Ok berbalik kepada kisah filem ini, sebenarnya ia mengfokuskan tentang isu buli di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Yang kuat menindas yang lemah, yang lemah pula makin lemah dan hanya membiarkan diri mereka menjadi boneka yang boleh digunakan dan dipermainkan sesuka hati!

Sekiranya semua sama-sama bangkit pasti isu buli membuli ini dapat dikurangkan atau dikawal. Kisah di dalam filem ini sedikit sebanyak dapat dikaitkan dengan masalah sosial yang berleluasa di kalangan remaja sehinggalah ke saat ini pun

Seperti dalam filem ini, Ha-Neul sebagai In-soo membawakan watak sebagai seorang pelajar yang suka menyendiri dan dia juga sering menjadi bahan gurauan kawan-kawan disekolah.

Ini kerana dia dianugerahi dengan keistimewaan dapat melihat makhluk halus/hantu dan boleh berkomunikasi dengan mereka. Roh-roh yang tidak tenang selalunya akan meminta bantuan dari In-soo untuk menuntut keadilan atau membalas dendam agar roh-roh itu dapat pergi dengan tenang.

Setelah itu In-soo berpindah ke sekolah baru yang agak terpencil dan jauh dari bandar dan pekan kecil ini juga merupakan kampung halamannya, tempat dia dilahirkan dahulu.

Sekembalinya dia di kampungnya itu, dia sering diikuti oleh seorang perempuan berpakaian seragam sekolah yang sangat cantik dan comel yang bernama Sae-Hee (lakonan Kim So-eun).

Namun sepanjang perkenalan mereka, In-soo tidak mengetahui nama sebenar Sae-Hee dan mereka pun mula berkawan dan lama kelamaan hubungan mereka menjadi semakin rapat.

Ketika berada di sekolah barunya, In-soo mula mengalami kejadian-kejadian yang pelik dan sering dinampakkan dengan roh-roh yang gentayangan di sekolah tersebut.

In-soo tinggal bersama pakciknya yang juga mempunyai kemampuan untuk melihat roh, kerana merasa tidak senang hati dia bertanya kepada pakciknya perihal ini. Melalui pakciknya, sebuah kisah suram yang pernah berlaku di sekolahnya mula terkuak satu demi satu.

Setelah itu, beberapa kejadian misteri mula berlaku di sekolahnya. Satu persatu pelajar dikelas In-soo menghilang tanpa khabar.

Agaknya apakah yang sebenarnya telah berlaku? Apakah misteri disebalik kisah kejadian hitam yang pernah berlaku dahulu? Dapatkah In-soo merungkai misteri ini?

Untuk mendapatkan jawapannya, silalah tonton filem ini ok. Memang berbaloi! Sis beri 9/10⭐⭐⭐⭐, ini kerana sis benar-benar menikmati setiap plot dan kejutan yang disajikan dalam filem ini.

Filem ini anda boleh tonton melalui platform YouTube with English dan ia sesuai untuk tontonan umum.

 

TRAILER

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI