HORROR SLASHER – “THE LAST MATINEE (2020)”

5
(6)

Pernah tak ketika anda sedang menonton sesebuah filem, anda merasa terhibur melihat si PSIKOPAT membunuh mangsanya? Jika tidak, anda patut tonton filem ini! Sebuah filem dari Uruguay-Argentina yang bergenre “HORROR THRILLER SLASHER” yang pasti akan membuatkan mata anda segar! Tidak berkedip kerana anda bakal disajikan dengan satu persatu pembunuhan yang cukup menjijikkan dan penuh darah!

THE LAST MATINEE (2020) bercerita tentang seorang PSIKOPAT yang hobi dia suka membunuh orang yang sedang menonton di panggung wayang. Berlatarbelakangkan tahun 1993 di sebuah panggung wayang lama, Montevideo yang akan ditutup tidak lama lagi; seorang anak gadis bernama Ana sedang menonton sebuah filem seram bertajuk “Frankenstein-Day of the Beast.” Selain Ana, terdapat juga beberapa orang di dalam panggung yang agak renggang itu dan salah seorang nya adalah si PSIKOPAT yang berpakaian baju hujan dan bersarung tangan hitam.

Ketika filem Frankenstein dimulakan, pengawal yang menjaga panggung wayang itu telah pun dibunuh dahulu, kemudian pintu keluar masuk utama panggung tersebut dikunci.

Dalam keheningan yang gelap gelita serta disusuli dengan visual dan audio sistem yang memenuhi ruang panggung, si PSIKOPAT mula membunuh mangsanya satu persatu dengan taktik yang berbeza dan cukup kejam bagi setiap pembunuhan yang dilakukannya.

Dapatkah Ana bertahan dan selamat daripada cengkaman si PSIKOPAT?

Review: Min cukup suka konsep yang digarapkan dalam filem ini. Plot nya juga kemas dan mudah difahami, tidak perlu ada twist yang berlebihan pun sudah membuatkan filem ini cukup unik dalam genre nya sendiri. Manakala sinematografinya yang hanya tertumpu di sekitar kawasan panggung wayang yang gelap disertakan dengan kesan visual dan warna-warna yang ditampilkan dalam filem ini sangat menarik bagi min.

THE LAST MATINEE, semestinya sebuah filem “Horror Thriller Slasher” yang layak dan berbaloi untuk dinikmati. Filem ini anda boleh tonton secara streaming di Hulu, Apple TV dan Amazon Prime.

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 6

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI