Rain Tetap Kegilaan Ramai!!

0
(0)

Setelah lebih 20 tahun berkecimpung dalam seni, nama Rain kini dikenang sebagai antara pelakon dan penyanyi kegemaran ramai. Kini Rain membuat kemunculan dalam drama bersiri Korea Selatan yang boleh distrim di platform Viu Malaysia iaitu Ghost Doctor.  Anak seni berbakat besar ini terjun ke dalam pelbagai bidang untuk membuktikan kebolehan dirinya. Rain atau pemilik mana sebenar iaitu Jung Ji-hoon ini bukan sahaja boleh menyanyi dan berlakon, malah aktor kacak ini turut terbabit dengan aktif dalam bidang pengacaraan. 

 

Berikut merupakan fakta menarik mengenai bintang kesayangan ramai ini : 

 

  • Rain pernah mempunyai album yang mencecah jualan lebih sejuta unit.

 

Rain mula menjejakkan kaki ke dunia seni dan glamor melalui bidang nyanyian. Penyanyi berbakat besar ini membuat kemunculan solo pertama pada tahun 2002, albumnya yang ketiga menjadi hit di seluruh dunia. Album bertajuk It’s Raining telah berjaya terjual melebihi sejuta unit dan bukan itu sahaja album yang mendapat jualan lebih sejuta unit, album Rain yang seterusnya iaitu Rain’s World turut mencatat rekod jualan lebih sejuta unit. 



  • Drama bersiri lakonannya iaitu Full House mencapai takhta ‘mega hit’. 

 

Peminat-peminat Kdrama pasti mengetahui dan masih mengingati drama bersiri popular pada tahun 2004 dulu iaitu Full House. Full House berjaya melonjakkan nama Rain dengan lebih tinggi apabila Kdrama tersebut disiarkan di kebanyakan negara-negara Asia. Selepas kejayaan Full House, Rain turut berpeluang mengadakan konsert di beberapa buah negara berbeza. Sejak itulah gelombang Hallyu mula menggila dan menghantui peminat-peminat Rain. 



  • Rain mula melangkah ke Hollywood. 

 

Pada tahun 2008 rezeki Rain bertambah baik apabila bintang kesayangan ramai itu buat pertama kalinya muncul dalam industri perfileman Hollywood. Rain mencuba nasib dengan membawa watak sebagai pelumba kereta yang bernama Taejo Togokahn untuk filem berasaskan manga yang bertajuk Speed Racer. Pada tahun 2009 Rain sekali lagi muncul dalam filem Hollywood bertajuk Ninja Assassin. 



  • Rain berkahwin dengan bintang wanita paling cantik di Korea Selatan.

 

Rain dan Kim Tae Hee kini mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama. Rain mengejutkan ramai pihak apabila bintang itu dilaporkan sedang hangat bercinta dengan Kim Tae Hee pada tahun 2013. Mereka berdua menghentikan segala khabar angin apabila mengikat tali perkahwinan pada tahun 2017.

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI