‘Ustaz Kata Tiada Apa Pun’ – Sam Jawab Isu La Luna

4
(1)

Berikutan dari isu yang terpalit terhadap filem La Luna yang sedang ditayangkan di Netflix, pelakon utamanya Shaheizy Sam turut memberikan respon.

 

Filem tersebut telah dikategorikan sebagai filem liberal oleh segelintir warganet yang telah menontonnya dan ada juga yang mengecam filem itu sebagai ‘soft porn’.

Pelakon utama filem itu berkata pandangan setiap orang berbeza. Ustaz dan pendakwah juga ada pandangan mereka. Jadi pandangan siapa yang kita mahu untuk diambil dan digunakan?

 

Kalau cakap pasal niat nak buat sesuatu, hanya Allah yang mengetahui niat, katanya lagi.

 

Menurut Sam lagi itu semua berbalik kepada individu, bagaimana dia kaitkan dengan kehidupannya sendiri atau dengan orang lain atau kepada agama. Dia terima pandangan semua orang.

Suami kepada pelakon Syatilla Melvin itu juga berkata bahawa dia mendapat tahu tentang isu berkaitan filem itu semasa menunaikan umrah di Mekah.

 

Dia berkesempatan untuk meminta pendapat beberapa rakan ustaz semasa berada di Tanah Suci.

“Saya tanya pendapat mereka, mereka dah tengok dan kata tiada apa pun”

Pelakon itu turut menambah bahawa semua itu terpulang kepada hati seseorang bagaimana hendak menilai sebuah filem. Ramai orang datang kepadanya dan berkata filem itu menyeronokkan.

 

Dia sendiri sebenarnya amat menikmati filem itu kerana ia adalah salah satu filem yang dia gemari.

 

Menjawab isu filem itu liberal pula, sam memberitahu pemikirannya tidak sampai tahap liberal atau ingin mengenepikan agama.

“Saya sendiri beragama Islam dan saya bukan seorang liberal,”

Tambah Sam lagi bahawa tugas untuk menilai sama ada filem itu liberal atau tidak, ianya akan dipantau oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

 

“Terus-terang, saya sendiri berasa segan tentang perkara sebegitu. Tetapi sebagai pelakon dan seorang Muslim, saya ada garis panduan untuk diikuti”

*Sumber interview – Gempak

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI