Chris Evan Puji Disney Mengekalkan Babak Bercium Di dalam Buzz Lightyear

5
(1)

Seperti yang kita tahu filem animasi Buzz Lightyear telah diharamkan dibeberapa buah negara seperti Arab Saudi, Mesir, Indonesia, Lebanon, dan juga di negara kita Malaysia.

Ini kerana terdapat satu babak cium antara dua wanita. Hal ini pada mulanya menjadi perdebatan dalaman Disney antara menayangkan babak tersebut ataupun tidak. Pihak Disney telah menyunting babak tersebut, tetapi setelah perbalahan berlaku antara Pixar dan Disney mereka kembali semula babak ciuman tersebut.

Didalam satu temubual bersama Variety , Pelakon Chris Evan 41, yang telah menyumbangkan suaranya sebagai Buzz Lightyear sangat bersetuju dan gembira apabila babak tersebut dikekalkan dalam filem itu.

Ianya sangat hebat, saya sangat maksudkannya. Adegan itu tidak sepatutnya menjadi salah satu kekecewaan yang perlu diperdebatkan dan dijadikan sebagai satu isu perbicangan.

– Chris Evan

Tambah Chris Evan lagi dia berharap bahawa dimasa akan datang babak ciuman sesama jantina tidak perlulah dibangkitkan lagi.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI