5 Drama Korea Menarik yang Perlu Anda Tonton pada Bulan Mei 2024 Ini!

0
(0)

Bulan Mei menandakan kita bakal menemui kuarter kedua tahun ini, terdapat pelbagai drama Korea yang akan ditayangkan pada bulan Mei 2024 ini dan mungkin akan mengejutkan para peminat dengan jalan cerita yang luar biasa dan pasti juga ada Kdrama yang memang ditunggu-tunggu oleh anda. Bermula dari genre jenayah, romantik, komedi, hingga sentuhan supernatural dan juga adaptasi webtoon yang menarik untuk anda tonton.

Jangan lupa ya untuk menambah drama-drama berikut ini ke dalam senarai tontonan anda! berikut ini adalah 5 buah drama Korea menarik yang boleh anda tonton pada bulan Mei ini!

 

  • The Midnight Romance in Hagwon

Di sebuah institut pendidikan yang penuh drama, sebuah kisah cinta melodramatik bakal terungkap. Drama ini dibintangi oleh Jung Ryeo-won, Wi Ha-joon dan So Joo-yeon. Watak utama lelaki berhenti kerja untuk kembali ke institusi pendidikan tempat cinta pertamanya mengajar.

Keinginannya untuk bertemu lagi dengan buah hatinya semakin kuat. Sementara itu, watak utama wanita dikenali sebagai ‘Miracle of Dei’ dan memiliki status legenda di sana. Kisah cinta mereka akan kembali menyala selepas bertahun-tahun berpisah. Sudah ditayangkan secara perdana pada 11 Mei 2024!

 

 

  • Uncle Samsik

Drama period sejarah ini membawa kita kembali ke tahun 1960-an, sebuah era yang penuh dugaan bagi negara Korea.

Uncle Samsik adalah seorang yang penuh strategi dan tenang walaupun di tengah-tengah peperangan. Drama ini juga menampilkan watak-watak dengan latar belakang ketenteraan, termasuk watak second lead iaitu Kim San yang berjuang demi kebebasan negaranya. Drama ini bakal menampilkan bromance terbaik untuk tahun 2024. Nantikan tayangannya pada 15 Mei 2024 nanti!

 

 

  • Treat Me Carelessly

Diadaptasi dari webtoon, drama ini mengikuti kisah seorang pelajar yang fokus pada ajaran Konfusianisme dan guru seninya yang memiliki sikap yang lebih santai. Walau berbeza, bibit romantik akan muncul ketika guru wanita ini mengejar impiannya sementara pelajar tersebut tetap pada kepercayaannya. Drama ini akan mula ditayangkan pada. 13 Mei 2024, nantikan!

 

 

  • Bitter Sweet Hell

Dikenali juga dengan judul Gaslighting, drama ini tayang di NBC dan mengeksplorasi kehidupan perkahwinan yang kompleks, diwarnai oleh kisah hidup kaunselor psikologi terbaik Korea dan konflik keluarganya. Bakal ditayangkan pada 24 Mei 2024 nanti!

 

 

  • Resident Playbook

Sebuah drama perubatan komedi dan slice of life yang menggambarkan kehidupan realisti para petugas kesihatan di sebuah hospital universiti, kisah mengenai persahabatan dan momen-momen tekanan dalam menghadapi pekerjaan. Drama ini dikhabarkan akan ditayangkan pada bulan Mei ini. Kita nantikan pengumuman tarikh tayangannya ya!

Demikian sahaja 5 buah drama Korea menarik yang berbaloi untuk ditonton pada bulan Mei ini. Jangan lupa untuk menonton ya! Drama manakah yang paling anda nantikan?

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI