VILLAIN YANG SENTIASA DIGERUNI

5
(3)

Setiap industri perfileman pasti ada muka-muka biasa yang selalu menjadi pilihan para pengarah untuk membawa watak antagonis/jahat atau villain.

Bagi industri perfileman India , terutamanya Bollywood nama-nama besar seperti mendiang Amrish Puri, Mukesh Rishi, Ashutosh Rana, dan Prakash Raj adalah tidak asing lagi.

Walau nama-nama aktor ini terkenal dengan watak jahat, tapi mereka juga mampu mengalirkan air mata penonton apabila diberi peluang membawa watak protagonis. Demikian juga jika diberi watak untuk genre komedi, pelakon-pelakon hebat ini tidak pernah gagal untuk  membuat penonton ketawa.

  • AMRISH PURI 

– Mendiang Amrish Puri adalah lagenda perfileman Bollywood. Beliau adalah sangat ikonik dalam pembawaan watak lelaki jahat dan tidak berhati perut. Wataknya yang paling diingati adalah sebagai Mola Ram dalam naskah Steven Spielberg iaitu Indiana Jones and the Temple of Doom.

Steven Spielberg pernah menyatakan penghargaan dan keterujaannya terhadap mendiang Amrish Puri, “Amrish adalah villain kesukaan saya, yang terbaik pernah wujud di dunia ini dan selamanya dialah yang terbaik”.

  •  PRAKASH RAJ 

– Aktor serba boleh ini amat sinonim dengan watak-watak villain bagi filem India. Prakash Raj tidak sahaja laris di Bollywood,malah pelakon hebat itu turut menempa nama di industri perfileman India Selatan. Prakash ternyata boleh berlakon dalam filem-filem Tamil, Telugu, Marathi, Malayalam dan Ulu.

Prakash Raj telah memenangi Anugerah perfileman Kebangaaan sebanyak lima Kali. Pastinya satu pencapaian hebat untuk seorang anak seni.

  • MUKESH RISHI

– Mukesh Rishi adalah wajah sinonim bagi watak negatif di Bollywood. Wataknya yang paling diingati adalah sebagai Bulla dalam filem Gunda(1998) . Selain filem Hindi, Mukesh juga turut menjadi pilihan utama untuk watak villain filem-filem Telugu.

Mukesh Rishi pernah meluahkan perasaan sedihnya kerana industri filem di India dewasa ini sudah kurang pendedahan dan skrip untuk watak-watak villain seperti zaman kegemilangannya pada era 90an.

  • ASHUTOSH RANA 

– Ashutosh Rana adalah antara pembawa watak antagonis terbaik untuk filem-filem Bollywood. Lakonannya yang berjaya membawa watak psikosis,gila dan kejam berjaya menawan hati ramai penggiat filem.

Ternyata Ashutosh Rana bukan calang-calang pelakon, aktor ini telah memenangi Filmfare Awards sebanyak dua Kali untuk anugerah watak antagonis terbaik. Persembahannya dalam filem Dushman(1998) dan Sangharsh(1999) telah berjaya meletakkannya sebaris dengan pelakon-pelakon watak villain lagenda.

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI