COLD FISH (2010) Review

5
(5)

Title: COLD FISH (2010)

Genre: Horror, Thriller, Crime

Amaran : Jangan tengok dengan anak bawah 18, sangat disturbing dan seksual. Ada beberapa scene yang sangat menganggu tidur anda.

Filem ini BASED ON TRUE STORY tentang Saitama Serial Murderer. Mengisahkan keluarga Shamoto bersama isteri yang bernama Taeko dan anaknya bernama Mitsuko yang mempunyai kedai menjual Ikan. Hidup mereka berubah secara drastik apabila berkenalan dengan seorang peniaga ikan yang kaya, Murata dan isterinya yang bernama Aiko. Murata mengambil anak perempuan mereka Mitsuko sebagai pekerja di kedai ikan. Tanpa pengetahuan mereka, Murata dan Aiko mempunyai rahsia yang sangat gelap dan menggerunkan.

Sedikit pencarian selepas menonton movie ini, kisah asal sedikit berbeza dimana Murata dan Aiko (nama asal Sekine dan Kazama) mereka adalah pencinta anjing dan berniaga kedai menjual barangan haiwan. Kisah mereka menggemparkan Jepun pada 90an kerana tiada siapa sangka, pemilik kedai haiwan yang sepatutnya bersifat penyayang memiliki sisi gelap “psychopath”.

Sehinggalah seorang bos Yakuza juga menjadi salah satu mangsa mereka. Polis mengambil masa yang lama menangkap mereka kerana cara yang digunakan untuk menghapuskan bukti sangat teliti dan pintar.

Pengajaran pada kita bahwa siapa sahaja yang kita jumpa dalam kehidupan seharian mungkin tampak normal tetapi tiada yang tau sisi gelap mereka.

Review movie ni bagi saya memang thrilling dan disturbing. Movie ini memakan masa hampir dua jam setengah, dan banyak scene seksual.

Movie ini memberi pengajaran yang mendalam tentang bagaimana sebuah kekejaman itu boleh menular dan menghancurkan hidup orang lain disekeliling.

IMDB Rating : 7.1

My Rating : 7.9

Trailer

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 5

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI