I SPIT ON YOUR GRAVE (2010)

5
(6)

TWISTED! BRUTAL! GANAS!

DENDAM MEMBARA MENUNGGU PEMBALASAN

I SPIT ON YOUR GRAVE

TONTON ATAS RISIKO SENDIRI!

 MOVIE INI TELAH DISENARAIHITAM DI BEBERAPA BUAH NEGARA 

Selain dari versi 2010, ada juga yang versi tahun 2013, 2015, 2019 dan filem asal sebenarnya adalah tahun 1978. Untuk review ini, min pilih 2010 kerana bagi min ia remake yang paling berjaya kemudian versi 2013. Jika anda hendak yang lagi brutal boleh cuba layan versi asal 1978. Bagi min versi remake pun sudah cukup brutal. Tak sanggup hendak review versi 1978.

Suka untuk diingatkan yang review ini KHAS untuk peminat genre THRILLER SLASHER yang sukakan aksi-aksi pembalasan dendam terhadap perlakuan seksual, fizikal, emosi dan mental terhadap si mangsa.Yang penting, jiwa anda perlu KENTAL!

Jeniffer Hills adalah seorang penulis dan berpindah ke kawasan luar bandar yang terpencil dan jauh dari hiruk pikuk kota demi mencari inspirasi untuk novel pertama dia.

Ketika berada bandar itu, dia terjumpa seorang lelaki yang ada masalah mental, Matthew. Matthew bekerja di salah satu kedai di bandar itu. Pada masa yang sama, kehadiran Jennifer di bandar tersebut telah menarik perhatian tiga pemuda lain yang kerap mengganggu dan membuli Matthew.

Ketiga-tiga pemuda tersebut mula mengganggu Jennifer maka berlakulah situasi yang tegang dari gangguan bermula dengan pujuk memujuk dan menggoda sehingga Jennifer tidak dapat melepaskan diri dan kemudian Jennifer diperlakukan seperti binatang, tanpa rasa belas kasihan dia diperkosa dan diseksa dengan brutal nya oleh ketiga-tiga pemuda itu. Bukan itu sahaja, mereka juga memaksa Matthew memperkosa Jeniffer yang ketika itu telah tiada daya untuk melawan dan bangkit semula. Lebih memburukkan keadaan lagi , selepas diperkosa; Matthew diarahkan untuk membunuh Jennifer. Namun Matthew tidak sampai hati dan melepaskan Jeniffer tanpa pengetahuan ketiga-tiga pemuda tadi.

Setelah apa yang terjadi, Jennifer mula bangkit semula dan kali ini dia benar-benar menyimpan dendam kesumat, hati membara dan membuak-buak dan mula dengan rancangan membalas dendam! Tiada seorang pun boleh terlepas daripada cengkaman Jeniffer kali ini. Satu persatu jatuh di tangan Jennifer, bagai menemui malaikat maut yang bakal mencabut nyawa mereka! Min memang rasa hype dan puas hati sangat dengan pengakhiran filem ini!

**BERITA BAIK! KINI ANDA BOLEH TONTON FILEM INI SECARA PERCUMA MELALUI SALURAN DI YOUTUBE. BOLEH CARI DI YOUTUBE**

Jom kita berhibur sebentar dengan trailernya!

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 6

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI