Kehidupan Mewah Shilpa Shetty

5
(1)

Pada tahun 2021 dilaporkan bahawa nilai kekayaan aktress Shilpa Shetty mencecah US$18 juta. Aktress yang popular dengan lakonannya dalam filem Dhadkan dan Hungama 2 ini dilaporkan mempunyai beberapa buah rumah mewah di Dubai dan Mumbai,malah mempunyai koleksi barangan fesyen berkelas tinggi dari pelbagai jenama mewah seperti Louis Vuitton, Hermés dan Dior.

Pelakon popular Bollywood ini sering membuat hantar di laman Instagram miliknya tentang percutian mewah di Maldives, Kyoto dan Itali . Pelakon ini dan suaminya turut memiliki sebuah rumah duplex mewah di menara Burj Khalifa. Pelakon ini juga memiliki sebuah kediaman mewah yang diberi gelaran Raj Mahal di St George’s Hill, jangan terkejut kerana Cliff Richard dan Elton John adalah antara jiran Shilpa Shetty.

Shilpa Shetty sudah lama tidak membuat kemunculan di layar perak, namun kerjanya tidak terhenti di situ. Pelakon ini menceburkan diri dalam dunia perniagaan dan ternyata membuahkan hasil. Shilpa Shetty telah mengeluarkan DVD mengenai senaman yoga, memiliki rancangan memasak di saluran YouTube miliknya dan juga muncul sebagai salah seorang juri dalam rancangan realiti TV di Bollywood.

Pada tahun 2009 pelakon berbakat ini melangsungkan perkahwinan dengan jutawan dari British iaitu Raj Kundra dan seterusnya terus melebarkan sayapnya dalam dunia perniagaan.

Shilpa Shetty dan suaminya tinggal di salah sebuah kediaman paling mahal di Juhu, Mumbai. Kediamannya dikenali sebagai Kinara yang dianggarkan berharga US$3.2 juta.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI