SERAM MISTERI KOREA “HOUSE OF THE DISAPPEARED 2017′”

4.5
(2)

Jika anda peminat filem Korea bergenre “Horror Mystery”, nah…ini salah satunya yang sis sangat sarankan untuk tontonan anda malam ini. Sebuah kisah yang mampu menghidupkan suasana suram dan penuh emosi!

 

“House of the Disappeared’ merupakan sebuah filem kisah seram misteri dari Korea yang pasti membawa anda jauh daripada realiti sebenar, digarap dengan plot penceritaan yang cukup mencengkam disertai dengan babak-babak yang mampu mempermainkan emosi dan akal fikiran!

Filem ini mengfokuskan kepada satu kejadian misteri dan mengerikan yang telah berlaku di sebuah rumah. Ada sesuatu yang tidak kena dengan keberadaan rumah itu.

1992, Mi-hee (Kim Yun Jin ) baru sahaja kematian suami dan anaknya. Memburukkan keadaannya lagi, Mi-hee telah dituduh membunuh suaminya, anak dia pula seorang hilang secara tiba-tiba, seorang lagi mati lemas.

Disebabkan kejadian sadis itu, Mi-hee telah ditangkap dan dijatuhi hukuman penjara 25 tahun atas tuduhan membunuh suami dan anaknya.

25 tahun pun berlalu, dan Mi-hee membuat keputusan untuk kembali semula ke rumah lamanya itu dengan harapan dia dapat berjumpa semula dengan anak sulungnya kerana Mi-hee percaya anaknya itu masih berada dan terperangkap di dalam rumah lamanya itu.

Tak lama ketika Mi-hee berada di rumahnya, Si handsome Taecyeon yang berlakon sebagai Paderi Choi pun datang. Rupa-rupanya, Paderi Choi ini adalah kawan anak dia sulung Mi-hee masa zaman kanak-kanak dulu.

Kedatangan Paderi Choi adalah untuk memastikan Mi-hee berada di dalam keadaan yang baik-baik sahaja dalam masa yang sama dia juga hendak tahu kisah kejadian misteri yang telah berlaku 25 tahun lepas.

Dengan bantuan Paderi Choi, Mi-hee mula mengingati dan mengimbas kembali misteri kematian suami dan anak bongsunya dan kemudian mencari semula anaknya yang hilang itu.

SIAPAKAH atau APAKAH yang telah membunuh suami dan anaknya dan dapatkan dia berjumpa semula dengan anak sulungnya yang telah menghilang itu?

Apa yang harus anda ketahui juga adalah, filem ini juga mempunyai beberapa babak “Flash Back”. Anda hanya perlu fokus dan pasti dapat memahami plot seterusnya setelah itu kerana setiap penceritaan dalam filem ini sangat menarik dan banyak kejutan menjelang penghujung cerita.

Ok, sis tidak akan bagi bercerita lebih lagi nanti terbagi spoiler pula! Anda perlu tonton sendiri untuk mengalami dan memahami jalam penceritaan filem ini sendiri, apatah lagi untuk filem seram misteri yg mempunyai “PLOT TWIST”.

Secara keseluruhannya filem ini sangat memberangsangkan jiwa dan emosi kita, elemen seram dan sedih yang diserapkan dalam setiap plotnya menjadi dan memberi satu kepuasan di akhir cerita. Air mata pasti berjuraian bagi yang “BERHATI TISU”. Gandingan artis veteren Yunjin Kim dari drama siri “LOST” sebelum ini dengan si handsome Taecyeon memang serasi dan mantap.

Versi pertama filem ini sebenarnya dari Venezuela. Dari segi plot and twist sama sahaja, yang membezakan ia cumalah latarbelakang dan kesan visual pengambaran sahaja. Namun sis masih lebih suka versi Korea. Yang tak minat Korea bolehlah tonton versi Venezuela.

Rating peribadi sis untuk filem ini adalah 8/10⭐⭐⭐⭐

Trailer

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI