5 Pelakon Filem ini Mati Ditangan Pembunuh, Kematian Tragis Menggemparkan Dunia!

0
(0)

Lokasi penggambaran juga tidak terlepas dari bahaya, contohnya seperti kematian Brandon Lee di lokasi penggambaran The Crow dan juga mangsa nahas helikopter filem The Twilight Zone. Akibat insiden tersebut, keselamatan di lokasi penggambaran menjadi perhatian serius pada tahun-tahun berikutnya. Malangnya bahaya ini bukan sahaja ada di lokasi penggambaran, di belakang tabir, ada mata-mata jahat yang selalu mengintai mereka. Ada antara mereka yang mati dibunuh dengan kejam.

 

Sepanjang sejarah perfileman, terdapat beberapa orang artis yang menemui ajal mereka dengan cara tragis di tangan para pembunuh. Siapakah mereka?



  1. Sharon Tate

Salah satu kes pembunuhan paling terkenal dalam sejarah Hollywood adalah pembunuhan Sharon Tate dan kawan-kawannya pada tahun 1969. Sharon Tate baru berusia 26 tahun pada waktu dia dibunuh. Dia juga merupakan bintang Hollywood yang sedang meniti populariti ketika itu.

 

Lahir pada tahun 1943, Sharon Tate adalah gadis pemalu yang perlahan-lahan memberanikan diri masuk ke dunia hiburan melalui peragaan. Kerjayanya meledak pada tahun 1967, ketika dia tampil dalam empat buah filem sekaligus. Salah sebuah filem yang dibintanginya adalah The Fearless Vampire Killers. Disinilah Sharon Tate bertemu dengan suaminya iaitu pengarah Roman Polanski.

 

Sharon Tate dan Roman Polanski menyewa rumah milik produser rakaman yang bernama Terry Melcher di Benedict Canyon pada bulan Julai 1969. Waktu itu, Roman Polanski tidak berada di rumah kerana ada penggambaran filem. Sharon Tate yang sedang hamil 8 bulan bersama tiga orang kawan-kawannya, dan seorang pemandu telah dibunuh secara brutal pada pagi hari 9 Ogos.

 

Di tempat kejadian, mangsa-mangsa ditemui diikat dengan tali. Di pintu rumah, tertera perkataan “PIG” yang ditulis dengan darah Sharon Tate. Pembunuhan ini dilakukan oleh Tex Watson, Susan Atkins, dan Patricia Krenwinkel atas arahan Charles Manson. Pembunuhan ini menjadi inspirasi sebuah karya kontroversi iaitu Once Upon a Time… in Hollywood, karya Quentin Tarantino.



  1. Jefferson Machado

Pada 27 Januari 2023, Jefferson Machado dilaporkan hilang dari rumahnya di Brazil. Lahir di Santa Catarina, Machado pernah menjadi wartawan yang melaporkan berita gosip selebriti untuk pelbagai majalah. Dia kemudiannya beralih ke program TV, muzik video, dan siaran langsung. Sepanjang kariernya, Machado sangat sibuk dengan tugas-tugas penerbitan. Hingga pada tahun 2022, dia muncul sebagai pelakon dan membawa watak dalam sinetron Reis.

 

Keluarga Machado curiga dengan kehilangan Machado apabila mereka melihat keadaan 8 ekor anjing miliknya, dua di antaranya telah mati, seekor lagi telah hilang, dan anjing-anjing lain tidak terurus. Walau dilaporkan hilang pada bulan Januari 2023, Machado secara rasmi diisyhtiharkan hilang pada 9 Februari 2023.

 

Hampir 4 bulan kemudian, peguam keluarga Machado, Jairo Magalhaes Pereira, mengeluarkan kenyataan bahawa mayat pelakon itu ditemui tertanam di dalam sebuah kotak kayu. 

 

  1. Adrienne Shelly

Adrienne Shelly ditemukan meninggal dunia pada usia 40 tahun di pejabatnya di Manhattan, New York, pada 1 November 2006. Dia tergantung di batang paip bilik mandinya. Pada awalnya, kematiannya dianggap sebagai bunuh diri. 

 

Dipetik dari The Guardian, polis menyatakan bahawa kematian Shelly sebagai satu kes pembunuhan apabila menemui kesan tapak kaki orang lain di tempat kejadian. Andy Ostroy, suami Shelly, menerima keputusan tersebut. Karier Shelly sebagai pelakon dan pengarah sedang berada di puncak pada ketika itu. 

 

Pada 8 November, kebenaran akhirnya ditemui. Shelly dibunuh oleh Diego Pillco, seorang pekerja pembinaan yang bekerja di apartment miliknya. Pillco dan Shelly bertengkar kerana bunyi bising yang disebabkan oleh Pillco. Sewaktu Shelly ingin menghubungi pihak polis, Pillco cuba menahannya dan akhirnya terjadi pembunuhan.

 

Pillco mengaku bahawa dia membunuh Shelly dengan memukul kepalanya. Tubuhnya digantung supaya pembunuhan itu tidak dikesan oleh pihak polis. Namun, pendakwa raya menyatakan bahawa hasil bedah siasat Shelly tidak menunjukkan tanda-tanda kecederaan di bahagian kepala. Beberapa dekad kemudian, Andy Ostroy mengarahkan filem dokumentari tentang mendiang isterinya yang bertajuk Adrienne. 



  1. Rebecca Schaeffer

Rebecca Schaeffer adalah bintang Hollywood yang sedang meningkat naik pada tahun 1980-an. Sitkom yang dibintaginya, My Sister Sam, hanya ke udara sebanyak dua musim di CBS, tetapi dia mencapai populariti luar biasa melalui sitkom tersebut. Dia mengikuti sesi uji bakat dan terpilih untuk membintangi The Godfather Part III. Namun, Schaeffer tidak pernah berpeluang berlakon dalam filem itu kerana kejadian malang yang menimpanya.

 

Pada 18 Julai 1989, Schaeffer dibunuh oleh seorang pengintip (stalker). Robert John Bardo, peminat setia My Sister Sam, sangat obses dengan Schaeffer. Bardo mengupah seorang detektif untuk mencari alamat rumah pelakon itu melalui DMV. Schaeffer ditembak ketika usianya baru mencecah 21 tahun.

 

Kematiannya terjadi selepas pembunuhan John Lennon dan cubaan bunuh Presiden Ronald Reagan. Usianya yang masih terlalu muda, dan ditembak di depan pintu rumahnya sendiri, membuatkan kejadian ini menggemparkan Hollywood. Bardo dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada tahun 1991.



  1. Dominique Dunne

Dominique Dunne dilahirkan dalam keluarga berdarah seni. Neneknya adalah penulis novel terkenal, manakala bapanya, Dominick, adalah produser dan wartawan. Dominique mengikuti jejak abangnya yang merupakan seorang pelakon selepas dia lulus pengajian sekolah menengah, kerjayanya bermula dari dunia TV.

 

Dominique kemudian terjun ke dunia filem dengan watak utama dalam filem Poltergeist. Sebenarnya sebelum terlibat dalam filem tersebut, Dominique menjalin hubungan dengan John Thomas Sweeney. Namun, dia terjebak dalam hubungan cinta yang toksik. Kekasihnya itu cemburu buta dan selalu berkelakuan kasar. Leher Dominique kelihatan lebam dalam acara TV terakhirnya.

 

Dominique putus dengan Sweeney selepas kejadian itu. Sewaktu sesi latihan berlakon di rumahnya pada  30 Oktober 1982, dia didatangi oleh bekas kekasihnya itu. Lelaki itu menyeretnya keluar dan mencekiknya kerana Dominique tidak mahu kembali bersamanya. 

 

Rakan artis, David Packer, yang sedang berlatih berlakon dengan Dominique, berada di dalam rumah sewaktu peristiwa itu terjadi sebelum akhirnya dia menghubungi pihak polis. Sewaktu dia keluar, dia melihat Sweeney sedang mencekik Dominique. Sayangnya, Dominique mengalami koma dan meninggal lima hari kemudian.

 

Dalam sidang perbicaraan mahkamah, Sweeney dihukum keraba pembunuhan dengan hukuman maksima 6 tahun penjara. Namun, dia dibebaskan dalam waktu kurang dari 3 tahun. Keluarga Dominique yang marah mengadakan demonstrasi supaya dia dipecat dari pekerjaannya, dan akhirnya, dia keluar dari dunia Hollywood.

 

Harta, status sosial, populariti, ataupun tidak mempengaruhi bagaimana cara seseorang itu menemui ajalnya. Seorang selebriti hanyalah manusia biasa yang menghadapi banyak masalah dalam hidupnya. Oleh sebab itu, kehidupan selebriti tidak menjamin kebahagiaan. 





RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI