“Zionism Is Sexy” – Stranger Things Diboikot!

0
(0)

Pelakon siri Netflix Stranger Things, Noah Schnapp menghadapi tindak balas buruk di alam maya selepas kemunculan klip yang memaparkan dirinya bersama sticker bertulis “Zionism is sexy”.

 

Menjawab isu berikutan perkara terbabit, Noah Schnapp telah memberitahu bahawa pendapatnya tentang perang Israel-Hamas yang sedang berlangsung itu telah disalahtafsir oleh peminat, warganet dan juga pihak media.

 

Melalui sebuah perkongsian videonya di laman TikTok, pelakon berusia 19 tahun itu berkata;

 

“Saya rasa pemikiran dan kepercayaan saya setakat ini telah disalah tafsir, walaupun ianya hampir dengan apa yang saya percaya. Saya sekadar mahu meluahkan dari hati saya, perasaan saya,”

 

 

Menurut Scnapp lagi, dia hanya mahukan keamanan dan keselamatan serta keselamatan untuk semua orang yang tidak bersalah terjejas oleh konflik ini. Katanya dia telah mengadakan banyak perbincangan terbuka dengan rakan-rakan dari latar belakang Palestin, dan pada fikirannya itu adalah perbualan yang sangat penting untuk dilakukan dan dari situ dia telah belajar banyak perkara.

 

Di dalam video balasan itu juga Schnapp menambah, dia menentang sebarang pembunuhan mana-mana orang yang tidak bersalah dan berharap orang lain sama juga sepertinya. Dia berharap satu hari nanti dapat melihat kedua-dua kumpulan itu dapat hidup secara harmoni bersama.

 

Pelakon muda itu berkata pada tahun 2024 nanti semoga dia dapat melihat orang ramai menjadi lebih memahami dan berbelas kasihan serta menyedari bahawa kita semua manusia, tanpa mengira bangsa, etnik kita, latar belakang kita, negara kelahiran kita, malah seksualiti kita, apa sahaja.

 

“Kita semua manusia dan kita semua sama dan kita semua harus saling mengasihi untuk itu dan menyokong satu sama lain dan berdiri bersama.” Ujarnya di dalam video tersebut.

 

Kecaman terhadap Schnapp yang merupakan seorang Yahudi itu bermula sejak tahun lalu selepas pengguna media sosial menuduhnya telah menyukai hantaran yang mempersendakan rakyat Palestin di Gaza.

 

 

Tambahan pula selepas muncul klip video yang tular memaparkan pelakon itu dengan pelekat bertulis “Zionisme itu seksi” serta pelekat lain bertulis “Hamas adalah ISIS”. Akibatnya, ramai di kalangan warganet yang menggesa untuk memboikot musim kelima dan terakhir siri Stranger Things yang baru sahaja memulakan produksi.

 

Mereka meminta agar tindakan diambil terhadap pelakon tersebut. Antara tindakan tegas seperti memecat pelakon itu daripada peranannya sebagai Will Byers.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI