KISAH BENAR DARI TURKI DABBE: THE CURSE OF JINN (2013)

4.6
(5)

AMARAN!

Tidak digalakkan menonton bersama anak² kecil, yang lemah semangat, ibu-ibu mengandung dan yang ada masalah “Klaustrophobia”‼️ Yang pasti filem ini bukan untuk semua orang. Tonton atas risiko sendiri.

Dalam banyak-banyak filem seram Turki yang berdasarkan kisah benar yang sis paling teruja dan bagi sis ia mampu memberi banyak kejutan kepada jantung sis adalah DABBE: THE POSSESSION atau nama lain THE CURSE OF JINN (2013). Ia berkonsepkan “Found Footage”, jadi segala peristiwa dan lakonan yang dilakon semula memang sangat REALISTIK! Bagi sesetengah orang filem ini mungkin tidaklah seram mana pun, tapi jalan ceritanya cukup menarik untuk memberikan cetusan emosi yang naik turun.

Filem ini anda masih boleh tonton di NETFLIX. Namun bagi yang tiada kekuatan jiwa untuk menonton filem ini, boleh baca sebahagian kisahnya di sini.

Dabbe adalah filem berdasarkan bagaimana Islam melihat Jin dan Syaitan. Bagaimana mereka ini penuh dengan tipu daya dan kejam, bagaimana mereka boleh mengambil nyawa manusia untuk menyempurnakan keinginan mereka dan sebagainya.

Mengikut bahasa Turki dan Islam, Dabbe bermaksud “yang berjalan di bumi”. Ia adalah kisah yang berdasarkan kehidupan seorang JIN yang telah ditipu oleh dua orang kampung dan kerana perbuatan salah mereka, anak perempuan mereka dijerat ke dalam perangkap JIN itu dan kisah ini menunjukkan bagaimana JIN itu merancang untuk membalas dendam atas perbuatan salah bapa mereka.

Menurut kisah ini, kejadian ini berlaku di sebuah bandar perkampungan yang bernama KIBLEDERE.

NAMUN, ADAKAH BENAR BANDAR INI WUJUD?

YA! Bandar Kibledere sebenarnya wujud dan ia disebut sebagai BANDAR BERHANTU. Dikatakan juga ustaz Faruk yang merawat Kubra (wanita yang dirasuk dalam kisah ini), masih lagi hidup tetapi telah kehilangan ingatan dan keberadaan Dr. Ebru (yang membuat rakaman dokumentari kisah ini) juga masih tidak diketahui.

Berbalik kepada kisah awal filem ini:

Dr. Ebru (Irmak Örnek) seorang pakar psikiatri yang tidak mudah terpengaruh dan tidak percaya dengan kewujudan makhluk ghaib telah membuat rakaman dokumentari terhadap Faruk seorang Ustaz yang berilmu tinggi, dia juga dikenali penduduk tempatan sebagai pengamal perubatan Islam yang pakar menangani gangguan makhluk halus dan yang seangkatannya. Dokumentari tersebut akan digunakan untuk kelasnya sebagai penyelidikan di Universiti, dalam masa yang sama juga dia ingin membuktikan alam ghaib, jin, syaitan dan segala macam makhluk halus yang ada dimuka bumi ini adalah rekaan semata-mata.

Bagi membuktikan dakwaannya, Dr. Ebru meminta Faruk untuk menyembuhkan rakan zaman kanak-kanaknya yang sudah lama tidak berjumpa selepas berpindah ke bandar lain semasa dia kecil. Faruk bersetuju dengan cadangannya untuk menyembuhkan rakannya yang bernama Kubra, yang telah dirasuk sesuatu dan menikam suaminya sehingga mati pada hari perkahwinannya yang lepas.

Sebelum mereka tiba di rumah Kubra, mereka telah melalui satu kawasan ini yang bagi sis sememangnya cukup menakutkan. Disitu terletaknya sebuah pokok yang dikatakan berhantu. Pokok itu dipenuhi dan digantung dengan botol-botol yang berisi darah, tulang, kepala binatang dan macam-macam lagi. Ketika itu juga Faruk mula mengalami pengalaman pelik, tidak pula bagi Dr. Ebru kerana dia sememangnya menganggap semua itu adalah karut dan tahyul.

Kemudian mereka pergi pun pergi ke rumah Kubra yang terletak di Kampung Kıbledere. Namun ketika mereka tiba di rumah Kubra, kerabat keluarga Kubra bertukar menjadi riuh-rendah kerana berang dengan Dr. Ebru yang membuat rakaman tanpa kebenaran mereka, sedangkan Kubra dalam kondisi yang agak teruk. Setelah dijelaskan maksud tujuannya, Dr. Ebru pun memasang kamera di ruangan rumah yang dianggap “Hot Spot” bagi membolehkan dia memantau pergerakan makhluk halus.

Setelah itu, Faruk mula bertanya kepada setiap ahli keluarga Kubra bagaimana tingkah laku Kubra boleh mula berubah sehingga ke saat-saat dia dirasuk. Kisah Kubra dikongsikan oleh Esra bagaimana dia telah melihat Kubra mula berkelakuan pelik pada malam perkahwinannya. Yang paling mengejutkan lagi, Esra menunjukkan rakaman video bagaimana Kubra mengamuk dan menikam suaminya sehingga mati. Kematian yang cukup sadis dan kejam!

Faruk percaya yang Kubra telah dirasuk oleh Jin yang bernama Sare. Sepanjang rawatan dijalankan, pelbagai kejadian menakutkan telah berlaku. Walaupun bukti telah berada di depan mata Dr. Ebru, dia masih cuba mencari bukti dari segi kajian saintifik yang lebih logik baginya dan dia tetap masih mempersoalkan setiap kejadian paranormal yang berlaku.

Tatkala Faruk menyangka Kubra telah berjaya disembuhkan, mereka dikejutkan pula semula di mana Kubra cuba membunuh ibu saudaranya, Fatma sehingga mengalami kecederaan yang agak teruk dan satu kejadian misteri yang lebih gelap mula terbongkar dari yang disangkakan. Ketika inilah Dr. Ebru sendiri juga tidak terlepas daripada dirasuk.

Sila tonton sambungan kisahnya di Netflix.

REVIEW RINGKAS:

Seperti yang kita sedia maklum dan kepada peminat filem-filem seram berasal dari Turki yang berdasarkan kisah benar, kisah-kisah yang diceritakan kebanyakkannya mempunyai “pacing story” yang agak perlahan. Ini adalah kerana ia mengfokuskan lokasi-lokasi sebenar yang sememang penuh dengan keberadaan makhluk ghaib yang mengerikan (bila ia digunakan untuk tujuan yang salah contohnya untuk amalan sihir). Ironinya kejadian-kejadian ini berlaku di kawasan kampung Turki yang terpinggir dari mata dunia, kawasan yang kurang sangat penduduknya. Bagi sis, filem ini memiliki identitinya tersendiri, unik dan menarik. Dari perspektif Islam pula, penulis telah mendalami kisah ini sebelum ia difilemkan yang mana ia dikaitkan dengan al-Quran, kiamat, sihir dan numerologi dan semua ini sememangnya berkait rapat dengan kehidupan kita.

Untuk filem ini sis berikan 8/10⭐⭐⭐⭐

INFORMASI LAIN:

APAKAH MAKSUD “DABBE ” ?

Perkataan “Dabbe” muncul dalam beberapa ayat Al-Quran, walaupun Surat an-Naml (Semut) dalam Ayat 82 adalah satu-satunya yang merujuk kepada peristiwa tertentu yang akan berlaku ke arah Hari Kiamat: Binatang Bumi. Ciri-ciri “Dabbe” berikut telah dicadangkan berdasarkan tafsiran ayat ini.

1. Dabbe ialah makhluk hidup yang bergerak.

2. Dabbe adalah hasil bumi.

3. Dabbe ialah benda atau makhluk yang bercakap dan memberikan mesej tertentu, yang ditujukan kepada semua manusia.

TRAILER

 

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.6 / 5. KIRAAN BINTANG 5

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI