Terrifier 2016 ( Spoiler alert!!!)

5
(1)

TITLE: TERRIFIER

GENRE: Horror, Thriller

Pada satu malam Halloween, dua sekawan iaitu Tara dan Dawn pergi kesebuah parti Halloween. Semasa mereka pulang dari parti mereka ke kereta dengan keadaan mabuk. Semasa meraka dikereta Tara dan Dawn ternampak seorang lelaki yang memakai kostum badut. Lelaki itu melihat mereka dan tersenyum dengan pelik.

Disebabkan Tara dan Dawn lapar mereka ke kedai pizza yang berdekatan. Di kedai makan tersebut lelaki pelik yang berpakaian badut itu tadi duduk di meja berdekatan mereka. Tara yang berasa risau dengan kelakuan lelaki tersebut telah menyatakan kerisauan kepada Dawn. Dawn meminta pemilik restoran tersebut menghalau lelaki tersebut. Disebabkan lelaki tersebut hanya dudukk dan tidak memesan apa-apa dia telah dihalau oleh pemilik restoran pizza tersebut.

Selepas Dawn dan Tara selesai makan, mereka pulang kembali ke kereta. Melihatkan tayar mereka yang telah bocor Tara menghubungi adiknya Vicky untuk mengambil mereka, dan Vicky bersetuju. Semasa menunggu Vicky, Tara ingin membuang air. kebetulan seorang pekerja “pest control” iaitu mike keluar dari sebuah apartment usang berdekatan mereka. Tara meminta tolong mike menunjukkan tandas. Mike menunjukkan tandas di bahagian bawah apartment tersebut.

Di restoran pizza dimana tempat Dawn dan tara makan sebentar tadi, seorang pekerja restoran itu merungut kerana dia perlu membersihkan tandas yang penuh dengan najis dan keadaan tandas itu sangat kotor. Setelah siap membersihkan tandas, dia keluar mencari majikannya. Dia sangat terkejut melihat majikannya telah mati ditikam kemudian dia juga ditimpa nasib yang sama seperti majikannya. Dia telah ditikam dengan kejam oleh lelaki yang berpakaian badut itu yg dipanggil Art The Clown.

Selepas selesai membunuh dua orang yang berada di restoran pizza tersebut, Art telah menculik Dawn yang sedang menunggu Tara. Ketika Tara selesai dia berjumpa dengan seorang wanita pelik yang memegang patung dan menyatakan patung itu adalah anaknya. Ketika Tara ingin keluar dari situ Art telah cuba menyerangnya. Tara yang terkejut jatuh dari tangga dan lari bersembunyi. Sebelum sempat dia meminta tolong Mike yang leka membuat kerjanya, Tara telah ditangkap oleh Art dan diberikan suntikan sehingga membuatkannya tidak sedarkan diri.

Setelah sedar, Tara mendapati dirinya telah diikat dikerusi manakala mulutnya telah ditutup dengan pelekat. Art yang telah menculik Dawn pada awalnya telah menunjukkan keadaan Dawn kepada Tara. Dawn diikat secara terbalik dan dia telah dibogelkan. Tara telah dipaksa menonton rakannya dibunuh oleh Art. Art telah membunuh Dawn dengan menggunakan gergaji tangan sehingga badannya terbelah menjadi dua. Tara yang cemas dapat melepaskan diri tetapi malangnya belum pun sempat melarikan diri dia telah ditembak oleh Art sehingga mati.

Wanita pelik telah menjadi saksi kejadian dua kes pembunuhan itu dan dia memberitahu Mike tentang kejadian tersebut. Dia meminta Mike menalifon polis, Mike tidak sempat berbuat demikian kerana Art telah memukul Mike menggunakan tukul besi sehingga Mike tidak sedarkan diri.

Vicky yang baharu sampai telah mencari kakaknya, tetapi dia telah dipancing oleh Art agar masuk keruangan bawah Apartment usang tersebut. Vicky melihat seorang wanita yang telah cedera dan dipercayai itu adalah kakaknya Tara tetapi sebenarnya wanita tersebut adalah wanita pelik yang telah dicacatkan oleh Art. Art telah memakaikan wanita pelik itu kulit muka dan dada dari Tara. Manakala rakan sekerja Mike mencari Mike tetapi malangnya dia juga menjadi mangsa Art yang seterusnya, kepala rakan sekerja Mike telah dipenggal dengan kejam.

Vicky dapat melarikan diri dari Art tetapi sayangnya  dia terhenti apabila melihat sekujur tubuh mayat dihadapannya. Mayat tersebut adalah kakaknya Tara yang telah dibunuh dengan kejam. Art kemudiannya cuba menyerang Vicky tetapi Mike sempat menghalang Art. Mike memukul Art sehingga dia tidak sedarkan diri. Mike dan Vicky melarikan diri, tetapi malangnya Art masih lagi mengganggu mereka.

Apakah nasib yang akan menimpa Mike dan Vicky? Adakah mereka berdua menjadi mangsa Art The Clown yang seterusnya? Siapakah Art The Clown yang sebenarnya saksikan filem “TERRIFIER” untuk menjawab persoalan anda

TRAILER

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI