NEW KDRAMA – BAD & CRAZY (2021)

5
(1)

Lee Dong Wook akan muncul berpakaian seperti Joker dalam drama terbarunya “BAD AND CRAZY” bergenre Misteri, Thriller dan Fantasi ini bakal ditayangkan di tvN pada 17 Disember 2021 setiap hari Jumaat dan Sabtu pukul 10.40 malam.

Drama sebanyak 12 episod arahan Yoo Seon-dong dan dihasilkan bersama Studio Dragon dan Mink Entertainment ini akan menampilkan Lee Dong-wook, Wi Ha-joon, Han Ji-eun dan Cha Hak-yeon sebagai barisan pelakon utama.

Fokus drama ini adalah tentang Detektif yang JAHAT DAN GILA (dilakonkan oleh Dong-wook dan Ha-joon) yang memerangi rasuah dikalangan polis sendiri dan menegakkan keadilan.

Soo-yeol (Lee Dong-wook) merupakan seorang Detektif yang KORUP dan mempunyai masalah “Kecelaruan Personaliti”, walaupun dia dikenali sebagai seorang Detektif yang cekap dan handal namun intergriti dia sentiasa dipersoalkan kerana sikap dia yang mementingkan diri sendiri dan sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan apa yang dia nak.

Manakala “K” (Wi Ha-joon) adalah Detektif yang jujur, adil dan dikenali dengan sikap dia yang GILA-GILA! K tidak akan lepaskan sesiapa pun yang melakukan jenayah walaupun sahabatnya sendiri.

Sejak kehadiran K, kehidupan Soo-yeol tidak lagi tenang seperti sebelum ini. Ditambah lagi kenaikan pangkatnya dalam tempoh yang singkat menimbulkan tanda tanya kepada K.

Siapakah sebenarnya “K” ini? Mengapakah “K” sentiasa mengawasi dan membuat hidup Soo-yeol tidak tenang? Jangan lupa saksikan gandingan hebat 2 hero ini pada 17 Disember ya! Pasti menarik kan! Ia akan ditayangkan serentak dia tvN dan IQiyi.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI