AMAZON PRIME BAYAR RM44 JUTA UNTUK PERKAHWINAN KATRINA-VICKY

5
(4)

Nampaknya pasangan hangat Bollywood iaitu Katrina Kaif dan Vicky Kaushal telah sah bergelar suami isteri dalam majlis gilang-gemilang pada 9 Disember 2021 bertempat di Six Senses Fort Barwara di Madhopur, Rajasthan.

Pasangan merpati dua sejoli itu sebelum ini dilihat amat berahsia mengenai butiran perkahwinan mereka. Paling ketara adalah apabila tetamu-tetamu yang dijemput dilarang menggunakan telefon bimbit di majlis tersebut dan juga larangan berswa-foto. Larangan dan peraturan tersebut menjadi perdebatan hangat di media perdana dan media masa negara India.

Amazon Prime telah secara rasmi membayar RM 44,545,874.87 atau 80 crores kepada pasangan itu untuk hak penyiaran ekslusif perkahwinan mereka. Maka tidak hairanlah segala persiapan perkahwinan amat rahsia sekali kerana pasangan tersebut telah mengikat kontrak penyiaran dengan pihak Amazon Prime. Terdapat laporan bahawa sebarang drone yang terbang berhampiran dengan kawasan perkahwinan akan ditembak jatuh.

Satu jumlah bayaran yang sememangnya lumayan dan sukar ditolak. Semua tetamu yang hadir difahamkan meninggalkan telefon bimbit masing-masing di sebuah bilik khas yang disediakan. Sumber mengatakan tayangan khas perkahwinan gala selama empat hari itu bakal boleh ditonton di Amazon Prime pada sambutan tahun baru nanti.

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI