KOMPILASI 10 KDRAMA YANG PATUT DITONTON

5
(4)

1. Lovely Horribly

Genre: Romantic comedy

Episode: 32 episodes

Eul Chook Dan Eul Soon dilahirkan pada hari yang sama dan waktu yang sama. Disebabkan itu, mereka berkongsi takdir. Eul Chook telah menjadi seorang pelakon yang terkenal yang mempunyai nama pentas You Philip manakala Eul Soon pula menjalani kehidupan yang sangat teruk dan sentiasa tidak bernasib baik. Mereka bertemu secara kebetulan dapatkah Eun Chook mengubah nasib Eul Soon yang malang itu.

 

2. The Veil

Genre: Action, Thriller

Episode: 12 episodes

Han Jih Yeok adalah seorang perisik NIS terbaik didalam organisasi tersebut. Tetapi dia telah kehilangan memorinya dia juga telah ditikam dari belakang oleh seseorang. Dia menyedari kerajaan mempunyai sisi gelap yang perlu dia rungkaikan. Han Jih Yeok menentang kejahatan seorang diri.

 

3. Partners For Justice Season 1 & Season 2

Genre: Mystery, Crime, Investigation

Episode: 32 episodes

Mengisahkan seorang doktor forensik yang sangat berdedikasi dengan kerjanya. Manakala seorang pendakwaraya junior baru menyiasat setiap kes yang melibatkan kematian. Mereka berdua bekerjasama membenteras jenayah.

 

4. Secret Royal Inspector Joy

Genre: historical, Comedy

Episode: 8 (ongoing)

Mengisahkan seorang inspektor diraja menyamar untuk memeriksa wilayah tempatan bagi mendedahkan aktiviti rasuah yang berleluasa di wilayah tersebut. Dia bekerjasama dengan seorang janda yang telah bercerai. Mereka berdua telah merancang sebuah rancangan yang besar untuk membongkar aktiviti rahsuah di wilayah itu.

 

5. Strong Woman Do Bong Soon

Genre: Fantasy, Thriller, Action, Romantic comedy

Episode: 16 episode

Do bong soon dilahirkan dengan kekuatan yang luar biasa. Setelah berlaku sebuah kejadian di tapak pembinaan, Do Bong Soon telah diambil bekerja sebagai pengawal peribadi seorang CEO syarikat permainan game.

 

6. Chimera

Genre: Crime, Thriller

Episode: 10 (ongoing)

Sebuah letupan telah berlaku pada suatu ketika dahulu. Letupan itu membawa kepada sebuah kes pembunuh bersiri yang dikenali sebagai kes Chimera. 35 tahun kemudian letupan yang sama juga telah berlaku. Detektif Cha Jae Hwan bertanggungjawab untuk merungkai kes tersebut.

 

7. Happiness

Genre: Horror, Thriller, Action, Fiction

Episode: 9 (ongoing)

Sebuah bangunan apartment telah dibina. Apartment itu mempunyai penduduk dari pelbagai latar belakang yang berbeza. Setelah satu penyakit berjangkit muncul, Apartment tersebut telah ditutup tiada siapa yang boleh keluar atau masuk dari kawasan bangunan apartment tersebut. Penduduk disitu bergelut untuk hidup. Mereka dilanda rasa ketakutan dan tidak kepercayaan terhadap satu sama lain

 

8. Doctor John

Genre: medical, Drama

Episode: 32 episodes

Mengisahkan dua doktor yang sentiasa berusaha mendiagnosis pesakit dengan kesakitan misteri yang tidak dapat dibantu oleh orang lain. Mereka juga terpaksa melalui hari – hari yang sukar kerana kisah kehidupan mereka.

 

9. Class Of Lies

Genre: Criminal, Legal

Episode: 16 episode

Untuk mencari jawapan antara anak guamnya didapati bersalah atau tidak atas tuduhan membunuh, seorang peguam telah menyamar menjadi seorang guru di sebuah sekolah yang penuh dengan aktiviti buli.

 

10. One Ordinary Day

Genre: Legal, Crime

Episode: 3 (on going)

Seorang pelajar universiti telah dituduh membunuh disebab kesilapannya. Dalam satu malam hidupnya musnah. Seorang peguam yang tidak berguna telah mengambil dan membela kes pelajar tersebut.

 

Saksikan 10kdrama terbaik hanya di Viu Malaysia. Baca Juga Artikel Kompilasi 20 FIlem Wajib Tonton Genre Bencana Alam

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI