ONE ORDINARY DAY (2021) – KISAH MALANG PEMUDA YANG MENJADI MANGSA KEADAAN

5
(3)

Wooooooowww Oppa Kim Soo Hyun & Ajushi Cha Seung Won is back berganding together dalam drama bersiri ONE ORDINARY DAY..One Ordinary Day drama terbaru Korea yang sedang ditayangkan di platform VIU setiap SABTU & AHAD..Drama bersiri ini ada 8 Episode sahaja..

ONE ORDINARY DAY sebuah drama berunsur jenayah yang diadaptasi dari drama versi asal British bertajuk CRIMINAL JUSTICE (2008) sebuah karya Peter Moffat yang mengisahkan kehidupan seorang pemuda yang hidupnya dari normal menjadi kucar kacir apabila menjadi suspek utama dalam satu kes pembunuhan.

Drama ni sudah ditayangkan sejak 27 November 2021..Kiranya masih fresh from the oven.

Spoileralert

Episode 1 je dah thrill dimana Kim Hyun Soo menjadi suspek utama pembunuhan dalam sekelip mata..Kisahnya bermula apabila Kim Hyun Soo seorang pelajar universiti yang keluar rumah untuk berjumpa rakan-rakannya dengan menaiki teksi milik bapanya secara sembunyi.

Perjalanan Hyun Soo terganggu apabila teksinya dinaiki seorang wanita bernama Hong Guk Hwa..Hyun Soo pada mulanya cuba memberitahu Guk Hwa yang teksinya tidak menerima penumpang ketika itu tapi tidak dipedulikan

 

.

Mereka lepak bersama, minum bersama, layan dadah bersama hingga tidur bersama..Dalam keadaan mabuk, Hyun Soo terlena tidak sedarkan diri..Bila terjaga Hyun Soo dapati Guk Hwa telah mati dibunuh..Dalam keadaan penuh ketakutan, suspen,kelam kabut Hyun Soo cuba keluar dan lari dari tempat kejadian malangnya jiran-jiran disitu ternampak kelibat Hyun Soo..

Nasib Hyun Soo menjadi malang apabila bertembung dengan roadblock yang mana Hyun Soo tak dapat sembunyi ketakutan dia seterusnya dibawa pihak polis utk ujian alcohol,secara kebetulan juga pihak polis menerima satu kes pecah rumah..

 

Bertambah malang bila Hyun Soo dibawa ke balai, diperiksa dan pihak polis telah menemui sebilah pisau dalam jaket yang dipakai oleh Hyun Soo..Hyun Soo ditahan sementara pihak polis cuba menyiasat dan dalam keadaan penuh ketakutan dan kekeliruan Hyun Soo didatangi seorang lelaki bernama Shin Joong Han (Cha Seung Won) yang bertindak untuk menjadi peguam kepada Hyun Soo.

 

Bagaimana kesudahan nasib Hyun Soo selepas ini? Apakah Shin Joong Han berjaya membela dan mendapatkan keadilan untuk Hyun Soo? Kita sama-sama nantikan episode seterusnya..

Review

Watak Hyun Soo yang diberi kepada Kim Soo Hyun mmg terbaik sebab penjiwaan watak memang menjadi..Kita rasa kesian tengok keadaan Hyun Soo yang penuh ketakutan, merayu-rayu cuba untuk pertahankan diri tapi tiada seorang pun yang percaya..

Sesiapa yang belum tengok versi asal, boleh tengok disini juga :

Drama One Ordinary Day bukan tontonan umum sebab ada scene² 18sx ye..Tapi hanya dalam Episode 1 sahaja…

Apalagi cepat² bukak VIU masing-masing dan tengok sendiri kehebatan gabungan Kim Soo Hyun & Cha Seung Won sangat berbaloi untuk ditonton..MUST WATCH guys..

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI

Ratu Aura Dewi

Ratu Aura Dewi

I'm A Movie Lover, Starbucks Lover & All Lover!