CRIMINAL JUSTICE (2008)

5
(8)

(TV SERIES) CRIMINAL JUSTICE (2008)

Total Season : 2 Seasons

Season 1 : 5 Episodes

Genre : Crime, Thriller

Starring : Ben Whishaw, Pete Postlethwaite, Bill Paterson, Con O’Neill

CRIMINAL JUSTICE (2008) adalah sebuah drama bersiri daripada produksi British, BBC dan mula ditayangkan pada tahun 2008..Diarahkan oleh pengarah berkaliber Peter Moffat..Terdapat 2 musim untuk drama bersiri Criminal Justice yang mana setiap musim mempunyai 5 episode sahaja..ada 2 seasons..

Criminal Justice (Season 1) mengisahkan tentang BEN COULTER , seorang pemuda yang dituduh membunuh wanita yang mana beliau  sendiri tak ingat beliau bunuh atau tidak bunuh disebabkan mabuk..

Plot : 

Pada 1 hari Ben Coulter keluar dari rumah dengan membawa teksi hitam milik keluarganya..Secara tiba-tiba, semasa Ben memberhentikan teksi berdekatan traffic light, teksi Ben dinaiki oleh seorang wanita bernama Melanie Llyod.. Ben memberitahu yang beliau menolak untuk ambil penumpang disebabkan bukan pekerjaan Ben.. Tetapi Melanie berkeras untuk naik dan meminta Ben menghantarnya ke tepi laut membuatkan Ben tidak dapat menolak dan mengikut saja arahan Melanie..

Setibanya di tepi laut Melanie menawarkan pada Ben pil dadah berjenis ecstasy, Ben pula menerimanya begitu saja.. Aktiviti Ben dan Melanie ni melarat hingga balik ke rumah Melanie hingga mereka berdua tidur bersama..Ben tidak mengetahui nama sebenar Melanie pada mulanya..Ben turun ke tingkat bawah tapi tertidur di meja makan dan apabila Ben tersedar waktu sudahpun lewat, Ben naik semula ke tingkat atas untuk memberitahu Melanie yang dia perlu balik..Alangkah terkejutnya Ben bila Ben dapati Melanie sudah mati ditikam di dada dengan sebilah pisau..

 

Ben menjadi ketakutan melihat keadaan Melanie dan terus bertindak untuk lari keluar dari rumah Melanie hingga tertinggal jaketnya sendiri..Ben menyedarinya lalu berpatah balik semula..Dalam keadaan tidak tentu arah, semasa dalam perjalanan Ben terlanggar kereta dan pada ketika itu terdapat kereta peronda polis berada berdekatan situ..Ben pada mulanya diperiksa untuk tahap achohol..

Malangnya ketika itu juga pihak polis menerima 1 kes pecah rumah..Maka Ben dibawa ke tempat kejadian..Ben menjadi lebih ketakutan apabila rumah yang pihak polis pergi adalah rumah Melanie..

Nasib Ben menjadi lebih malang apabila Ben dibawa ke balai dan diperiksa hingga pihak polis terjumpa sebilah pisau dalam jaket Ben..Didapati pisau tersebut menyerupai senjata yang menikam Melanie hingga mati.

Bagaimana nasib Ben lepas tu??

Ben disyaki sebagai suspek utama pembunuhan Melanie..Ben dihadapkan ke mahkamah, ditolak untuk ikat jamin dan dimasukkan ke dalam penjara atas kesalahan yang Ben sendiri tak pasti dia buat atau tidak..Bermulalah hari buruk Ben didalam penjara dan Ben tinggal dalam satu sel bersama Hooch..

Keadaan Ben menjadi lebih teruk apabila Ben dibuli banduan-banduan lain membuatkan Ben merayu kepada peguamcaranya untuk dibebaskan..

Apakah keadilan akan berpihak pada Ben? Dapatkah Ben mengingati semula kejadian pada malam tersebut??

Review :

Series Criminal Justice ini sudah banyak kali dibuat remake dan yang paling terbaru adalah versi dari Korea Selatan, One Ordinary Day..Lakonan hebat Kim So Hyun & Cha Seung Won..

Trailer :

 

 

 

 

 

 

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 8

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI

Ratu Aura Dewi

Ratu Aura Dewi

I'm A Movie Lover, Starbucks Lover & All Lover!