5 Persoalan Trailer The Secrets Of Dumbledore

5
(2)

Peminat-peminat dunia Harry Potter pastinya teruja dengan terbitnya trailer terbaru filem ketiga Fantastic Beasts, Secrets Of Dumbledore.

Walaupun begitu, ada beberapa persoalan timbul setelah kita menonton trailer tersebut. Berikut merupakan persoalan yang timbul dan harapnya terjawab dalam filem itu nanti.

 

1. Mengapa Jacob di Hogwarts?

Di pengakhiran filem Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald, kembali ke Hogwarts merupakan salah satu babak kegemaran peminat walaupun ia sekejap sahaja.

Ia membuatkan kita merasa teruja untuk melihat apa lagi yang bakal muncul di dalam dunia magis tersebut.

Dari trailer terbaru ini pula nampaknya kita bakal menyaksikan lebih banyak babak di istana tersebut. Namun begitu, ini menimbulkan pelbagai persoalan. Mengapa mereka kembali ke Hogwarts? Lebih menjadi tanda tanya adalah mengapa Jacob berada di Hogwarts dan apa yang dia boleh nampak?

Seperti yang kita ketahui Muggles tidak boleh lihat atau masuk ke Hogwarts, jadi bagaimana dia dapat masuk ke istana tersebut dan apa yang dia dapat lihat di sana?

 

2. Mengapa Dumbledore memberikan Jacob ‘wand’?

Salah satu momen yang mengejutkan adalah apabila Jacob diberikan sebatang ‘wand’ atas kehendak Dumbledore. Jacob yang tiada kuasa magis sepatutnya tidak akan mampu menggunakan ‘wand’ tersebut.

Salah seorang pelajar Hogwarts juga bertanya soalan tersebut di penghujung trailer. Jadi mengapa Dumbledore memberi Jacob sebatang ‘wand’ dan apakah kedudukan dia di dalam menentang Grindelwald?

 

3. Apa pula peranan Queenie dalam semua ini?

Keputusan Queenie untuk menyertai Grindelwald di penghujung filem kedua benar-benar mengejutkan ramai peminat di seluruh dunia. Trailer kali ini memberikan kita sekilas pandang kepada watak ini. Dia kelihatan memerhati Jacob yang kelihatan seperti sedih bercampur lega di kedai bakery miliknya. Kedengaran ayat berbunyi “sesuatu itu tidak seperti yang dilihat”.

Kita masih tidak pasti apakah peranan yang bakal dimainkan oleh watak Queenie di dalam semua ini? Adakah Grindelwald hanya mempergunakan dirinya dalam menjayakan rancangan jahat? Apakah kaitan Queenie dan Jacob dalam rancangan tersebut?

 

4. ‘Fantastic beasts’ apa pula yang akan muncul?

Dari trailer kita dapat lihat dua ‘beast’ kegemaran peminat, Pickett the Bowtruckle dan juga the Niffler. Kita juga dapat lihat banyak lagi ‘fantastic beasts’ baru yang akan muncul tapi siapakah mereka dan apakah sebenarnya mereka semua ini? Sahabat ataupun musuh?

 

5. Apakah sebenarnya ‘Secrets of Dumbledore’?

Sejak dari keluarnya tajuk filem terbaru ini, peminat dah mula tertanya-tanya apakah rahsia yang dimiliki oleh Albus Dumbledore? Memang ada kaitan ke dengan watak tersebut?

Trailer ini juga menampilkan wajah muda watak Aberforth. Sudah terang dan jelas watak dua beradik ini mempunyai hubungan yang sedikit rumit. Ini menimbulkan persoalan adakah ini semua berkait dengan rahsia yang tersimpan? Adakah rahsia tersebut berkaitan dengan kisah lampau mereka atau mungkin berkait tentang Ariana?

Atau mungkin ‘secrets of Dumbledore’ ini berkait dengan Dumbledore yang satu lagi?

 

Bagaimana pendapat anda? Sudahkah anda tonton trailer terbaru Fantastic Beasts The Secrets of Dumbledore? Apa persoalan di minda anda setelah menonton?

Tonton trailer di bawah.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI