Flying Colors

5
(1)

Title: Flying Colors

Rlease Date: May 2015

Sayaka Kudo adalah seorang pelajar yang bermasalah dia juga dilihat tidak mempunyai masa depan yang cerah. Ayahnya juga sentiasa memperlekehkan Sayaka, kerana dia tidak bijak dan berjaya seperti adiknya. Kehiduppan Sayaka dan rakan-rakannya juga hanya berhibur, ponteng sekolah dan merokok.

Walaupun begitu ibu Sayaka tidak pernah berputus asa dengan Sayaka. Untuk masukkan ke universiti, Sayaka perlu mengambil ujian. Ibu Syaka telah memasukkan Sayaka ke sebuah “Cram School”. Di sekolah itu Sayaka tidak pernah diremehkan walaupun pemakaiannya tidak sesuai dengan umurnya.

Gurunya Yoshitaka adalah guru yang tidak hanya melihat penampilan anak muridnya tetapi dia melihat potensi yang baik dari anak muridnya. Dia mengetahui setiap masalah muridnya. Dia juga sanggup dan berusaha mebuat apa sahaja bagi melihat anak muridnya berjaya. Itu juga terjadi pada Sayaka.

Lama kelamaan Sayaka yang malas itu berusaha dan ingin membuktikan kepada bapanya dia juga anak yang berguna dan boleh berjaya. Penampilan Sayaka juga telah berubah.

walaupun dia keluar berhibur bersama rakan-rakannya, Sayaka tetap mengulangkaji pelajarannya. Rakan-rakannya sangat memahami Sayaka mereka tidak mahu menganggu Sayaka mengulangkaji pelajaran, mereka juga sama-sama belajar bersama Sayaka.

Flying Colors adalah sebuah kisah bedasaarkan “Gakunen Biri no Gyaru ga 1 nen de Hensachi o 40 Agete Keio Daigaku ni Geneki Gokaku Shita Hanashi”. Novel ini adalah dari kisah sebenar Nobitaka Tsubota ketika beliau menjalankan “ cram school” untuk pelajarnya.

Trailer

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI