EXODUS GODS AND KINGS 2014

0
(0)

Tajuk : EXODUS GODS AND KINGS

Tahun Dilancarkan: 2014

Genre : Fantasy Thriller

Personal Rating : 8.5/10

 

Assalamualaikum dan hello semua. Kali ni saya nak share satu movie yang saya baru tengok ni. Mungkin ramai yang dah tengok dan mungkin ada yang belum tengok lagi. Movie ni sesuai untuk semua had umur. Cuma jangan tengok dengan orang yang mudah terpengaruh (seperti budak2) dan banyak tanya. Sebab movie ni melibatkan akidah umat islam. So tonton dengan santai okay

Movie ni mengisahkan 2 Putera Firaun Seti I. Seorang yang bernama Ramses yang dibintangi oleh Joel Edgerton dan seorang lagi Moses yang dibintangi oleh Christian Bale. Setelah kemangkatan Firuan Seti I, Ramses telah diangkat menjadi pemangku Raja yang seterusnya.

Ia bermula apabila Ramses sudah mempunyai kuasa mutlak sebagai raja, dia mula menunjukkan “belangnya” sebagai sorang raja yang kejam dan bersifatkan kuku besi. Suatu hari Ramses mendapat berita bahawa sebenarnya Moses bukanlah dari darah dagingnya, lebih teruk dia mendapat tahu bahawa Moses adalah berasal dari bangsa Hebrew tapi bukan Egypt yang dibela dari kecil oleh Miriam si pendadan ibunya Ramses.

Selepas itu Moses telah dibuang daerah dan telah mengembara ke satu kampung dan bertemu dengan seorang wanita bernama Zipporah. Lalu dia berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki dan memulakan hidup baru menjadi seorang pengembala kambing.

Suatu hari Moses cuba mengejar kambing2 nya yang berkeliaran diatas satu gunung yang diharamkan untuk dipanjat oleh penduduk disitu. Tak semena-mena runtuhan batu berlaku dan menghimpap tubuh Moses.

Disitulah bermulanya dia bertemu dengan “malaikat” yang bersusuktubuhkan seorang budak lelaki. Lalu “malaikat” itu menyuruh Moses untuk membuat kebaikan terhadap orang-orangnya yang menjadi hamba dan meminta untuk membebaskan mereka dari kekejaman Ramses.

Lalu Moses mengrekrut orang2 Hebrew sebanyak yang boleh untuk melancarkan serangan terhadap Ramses. Namun Moses gagal untuk menggulingkan Ramses. Lalu Moses meminta bantuan dari “malaikat” untuk membantunya sekali. Kemudian “malaikat” itu mula menurunkan bencana yang aneh-aneh sehingga banyak nyawa yang terkorban sama ada orang yang baik atau sebaliknya juga dihukum dalam bencana tersebut.

Nak tau bencana apa yang aneh-aneh tu? boleh cari di google dan tengok sendiri. cerita ni macam lebih kurang dengan kisah Nabi Musa yang diceritakan di dalam Al-quran. Tapi macam biasalah, mesti ada tokok tambah sikit2 kan.

 

TRAILER

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI