SANAM TERI KASAM(2016)- CINTA DAN AIR MATA

5
(1)

SANAM TERI KASAM filem romantik/ tragedi Hindi yang menampilkan Harshvardhan Rane dan mawra hocane sebagai tonggak utama.

Pastinya ramai dapat merasakan seolah-olah ini sebuah filem klise tipikal Hindi, plot yang boleh dijangka atau mungkin sahaja sebuah filem yang menonjolkan tarian mengasyikkan, mengghairahkan dengan lagu-lagu yang mendayu-dayu. Ternyata sangkaan-sangkaan tersebut semuanya salah belaka. SANAM TERI KASAM adalah salah sebuah filem romantik Hindi yang dihasilkan setelah lama Bollywood tidak muncul dengan naskah berkualiti yang mampu meruntun jiwa penonton.

Sinopsis mungkin mengandungi spoiler :

SANAM TERI KASAM

Sebuah filem romantik bahasa Hindi yang pasti buat penonton berjejeran air mata.

Pasti menangis! Ini filem romantik yang digarap cukup baik,wajib ditonton oleh peminat-peminat filem dari India.

SANAM TERI KASAM berkisar tentang hidup seorang gadis yang dibesarkan secara konservatif. Bapanya amat menjaga adat dan tradisi keluarga mereka.

Gadis ini tertekan kerana adik perempuannya tidak boleh berkahwin selagi dia tidak naik pelamin. Tekanan dari adiknya yang tak habis-habis minta si kakak untuk berkahwin.

Jiran mereka seorang lelaki yang nampak bermasalah,bekas penjenayah,amat tidak disukai oleh bapa gadis ini.

Sebuah kebetulan yang mengubah hidup gadis dan lelaki itu. Mereka berdua terperangkap secara tidak sengaja, gadis ini dihalau oleh bapanya. Tinggallah lelaki ini membela nasib si gadis ,anak jiran yang selalu diperhatikannya dalam diam.

Kisah cinta dalam diam,bekorban demi kebahagiaan insan tersayang. Cinta tak kesampaian. Tapi cukup indah sekali.

Babak-babak yang langsung tidak membazir Masa penonton ,tiada lagu meleret-leret syok sendiri,semuanya cukup indah.

Babak perselisihan antara anak dan bapa, meruntun jiwa. Ego benteng pemisah yang amat kuat. Anak yang dahagakan kasih dan restu si bapa, bapa yang terus-menerus kecewa,mereka terpisah angkara ego. Masing-masing memendam rasa dan derita.

Cinta tiada hujungnya
Kasih tiada taranya
Bersatu untuk berpisah ?
Berkorban tidak mengalah

SANAM TERI KASAM naskah wajib tonton!

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI