CETAK ROMPAK – INDUSTRI SENI RUGI 3 BILION

0
(0)

Sebanyak RM 3 Bilion kerugian telah dialami oleh penggiat industri seni tanah air disebabkan oleh jenayah cetak rompak! Tidak peliklah penggiat industri seni merasakan hukuman yang dijatuhkan kepada pesalah jenayah tersebut tidak setimpal.

Baca petikan berita tersebut di bawah.

 

KUALA LUMPUR: Tiada apa yang memberi kelegaan kepada pemain industri seni tanah air selain daripada berita bahawa kerajaan sedia dengan lebih tegas memerangi isu cetak rompak digital yang tidak berkesudahan dalam negara.

Bahkan, penggiat industri juga sependapat bahawa hukuman yang dikenakan ke atas perbuatan cetak rompak digital adalah tidak setimpal.

Bagi industri media dan hiburan Malaysia (E&M), penjenayah cetak rompak telah mengakibatkan kerugian ekonomi yang berterusan kepada negara dan jika jenayah ini tidak dibendung, impak yang paling ketara ialah seluruh ekosistem di negara ini akan terjejas selain pemain-pemainnya.

Industri media dan hiburan Malaysia menganggarkan kerugian tahunan yang dialami sektor berkenaan disebabkan oleh kegiatan cetak rompak digital ialah sebanyak RM3 bilion.

Bahkan, negara juga kehilangan RM500 juta cukai selain mengakibatkan ribuan orang kehilangan kerja.

Memetik kenyataan penerbit dan pengarah filem, Datuk Yusof Haslam, tanpa usaha dan keazaman daripada pihak berwajib, kegiatan cetak rompak digital akan terus berlaku.

“Perbuatan mencuri ini bukan perkara baharu dan perlu diatasi sebaik mungkin oleh pihak penguatkuasa. Saya kesal melihat retorik yang kosong tanpa membawa sebarang penyelesaian kepada isu sebenar.

“Tanpa undang-undang yang tegas, cetak rompak akan berterusan dan merebak seperti barah kepada industri kreatif negara dan penggiatnya,” kata Yusof.

Baca berita penuh di sini

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI